Sunday, 5 January 2020

PILIH ARAH TUJU PERJALANAN HIDUP

Arah tuju perjalanan hidup adalah pilihan kita. Kita yang buat pilihan. Apa-apa yang terjadi adalah hasil tindakan usaha kita sendiri.

Jika hendak duduk dan berada di takuk lama, teruskan apa yang sedia ada. Tidak perlu hendak berusaha berubah atau melakukan sesuatu yang luarbiasa.

Kalau ingain kehidupan lebih baik daripada sebelum ini, ayuh atur langkah berusaha bersungguh-sungguh ubah masa depan. Semua terletak pada niat dan tindakan!

Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Bertindaklah selari dengan impian. Insya Allah hasilnya seperti yang diharapkan. Kalaupun tidak tercapai sepenuhnya, pasti ada kebaikan yang diperoleh daripada usaha yang dilakukan.

Yakin dan percayalah bahawa usaha mengubah kehidupan menjadi lebih baik adalah tuntutan agama. Usaha yang baik adalah pahala. Jika tidak berjaya mencapainya, kita masih ada pahala untuk bekalan di akhirat.

Melakukan sesuatu perkara baik tidak pernah sia-sia.

No comments:

Post a Comment