Minggu
lepas, LTAT umum dividen tahun 2020 sebanyak 3.5% - jauh rendah berbanding 12%
tahun 2017 bawah BN.
Juga bermakna kesemua tabung-tabung simpanan rakyat iaitu KWSP, LTAT, ASB dan
Tabung Haji sudah selesai umum dividend bagi tahun 2020.
Dengan ini, saya nak tanya mereka yang pernah sebar propaganda bahawa kerajaan
BN bawah Najib tipu akaun untuk umum dividend tinggi-tinggi tapi sebenarnya
tabung-tabung ini sudah disonglap Najib dan gengnya pada ketika ekonomi negara
sudah bankrap.
Sebab itu, dividend tahun 2018 bawah PH adalah rendah sebab nak tampung
kerugian akibat tipu akaun.
Tengok graf dan jawablah ini:
1. Najib tipu akaun bagi 9 tahun berturut-turut ke?
2. Jika dividend 2018 rendah sebab terpaksa tampung kerugian yang disorok
akibat tipu akaun, kenapa pula dividen 2019 dan 2020 juga rendah?
3. Kenapa tiada seorang auditor dan juruakaun yang pernah didakwa palsukan atau
tipu akaun untuk keempat-empat tabung simpanan ini dalam tempoh 3 tahun sejak
PRU14?
4. Kenapa tiada seorang pemimpin BN termasuk Najib pernah didakwa songlap dari
keempat-empat tabung simpanan dalam tempoh 3 tahun sejak PRU14?
5. Ke mana perginya RCI yang dijanji dalam manifesto bukan kitab untuk siasat
songlap dan penyelewengan melibatkan keempat-empat tabung simpanan ini?
Bab nak fitnah, nak tuduh dan nak beri pelbagai alasan untuk tipu Rakyat,
amatlah senang.
Tapi nak jaga ekonomi dan beri terbaik untuk memperkayakan Rakyat, amat susah.
Akhirnya, Rakyat yang rugi akibat penipuan-penipuan dan fitnah geng sebelah
sana termasuk mereka yang masih dalam kerajaan baru ini.
Ini fakta.
Duit dividen yang dibayar ke dalam akaun Rakyat tiap-tiap tahun tak boleh tipu.
(Siapa yang pernah percaya penipuan geng sebelah sana yang saya sebut di atas
itu?)
FB:
Najib Razak
16
Mei 2021
No comments:
Post a Comment