Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Sesiapa saja yang menyeru kepada asabiyah (fanatisme golongan, seperti
nasionalisme) maka dia tidak termasuk golongan kita (kaum muslimin)” -
(Hadis riwayat Abu Daud)
Hakikat sebenar maksud hadis itu ialah
memperjuangkan bangsa sehingga menolak kehadiran bangsa lain, terlalu angkuh
dan menganggap bangsa lain sebagai hina. Sikap tersebut diamalkan Arab
Jahiliyah yang mana mereka sanggup berperang demi bangsa atas sebab perkara
yang kecil.
Sedangkan konsep UMNO memperjuangan Melayu
atas dasar mempertahan hak, mengelak ditindas dan mendapat keadilan agar
perkongsian kuasa dan kekayaan negara dinikmati secara adil di antara semua
kaum di Malaysia.
Apa yang diperjuangkan itu sebenarnya
termasuk perkara yang disuruh oleh Islam. Sabda Rasulullah SAW yang
bermaksud: “Cintakan bangsa (tanah air) itu sebahagian dari iman.” (Hadis riwayat
Bukhari dan Muslim)
Tanah Melayu ini asalnya milik Melayu
sepenuhnya. Namun, tindakan penjajah telah membawa kaum lain tinggal di
sini. Apabila negara mencapai kemerdekaan, kaum lain diterima sebagai
warganegara.
Perjuangan UMNO mempertahankan Melayu adalah
sebahagian usaha mempertahankan tanah air agar tidak dirampas sepenuhnya oleh
kaum lain. Sebaliknya, apa yang diingini adalah berkongsi dengan kaum lain
sebagai warganegara Malaysia.
Konsep perjuangan UMNO tidak boleh dikategori
sebagai asabiayah, sebaliknya lebih sesuai dikatakan perjuangan cintakan tanah
air. Malah perjuangan mempertahankan Melayu termasuk dalam soal memperjuangan
Islam.
Hal ini jelas menepati Perkara 160 yang mendifinisikan 'Melayu'
sebagai seorang yang menganuti agama Islam, bercakap Bahasa Melayu, mengamalkan
adat istiadat Melayu.
Maka dalam konteks Perlembagaan
Malaysia, jika memperjuangkan Melayu, bermakna memperjuangkan Islam. Seorang
Melayu yang meninggalkan Islam, bermakna dia tidak lagi dianggap sebagai Melayu.
Dengan kata lain, perjuangan UMNO atas dasar
Melayu juga bermaksud untuk Islam. Tambahan pula, UMNO memang meletakkan
memperjuangkan Islam dalam Perlembagaan parti. Di bawah Perkara 3.2,
perlembagaan UMNO menyebut ia bertanggungjawab menegak, mempertahan dan
mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebebasan
beragama.
Allah SWT mengingatkan agar orang Islam tidak
menuruti perangai bukan Islam yang sentiasa berselisih faham. Firman Allah
SWT bermaksud: “Dan janganlah kamu menjadi seperti mereka (orang Yahudi dan
Nasrani) yang bercerai berai dan berselisih faham sesudah datangnya keterangan
yang jelas dan nyata (yang diberikan Allah).” (Surah Ali-Imran, ayat 105)
Pemimpin perlu bersifat amanah, jujur,
tawaduk dan jati diri yang kental untuk mempertahankan bangsa dan agama. Jangan
kerana mengejar pangkat dan kuasa, prinsip perjuang asal dikorbankan.
Konsep matlamat menghalalkan cara tidak
sesuai diamalkan bagi mempertahan agama dan bangsa. Sikap itu bukan saja
membahayakan agama dan bangsa, bahkah kepada individu itu sendiri. Lambat
laun rakyat mengetahui agenda sebenar kelompok perjuangan permimpin yang
sanggup melakukan apa saja demi mencapai matlamat untuk berkuasa.
Hari ini pemimpin Islam perlu meyakinkan
rakyat tentang kebijaksanaan dan ketokohan diri. Rakyat majmuk di negara
kita bersedia menerima kepimpinan sesiapa saja asalkan dapat mentadbir negara
dengan baik.
Sebab itu, amat penting pemimpin Islam tonjolkan ketokohan,
kebijaksanaan, sikap keterbukaan dan keperibadian yang mulia.
Jika seseorang pemimpin sering bermuhasabah
diri dan mempunyai jati diri yang kental, beliau akan akur kepada kelemahan
diri. Sikap tawaduk dan akur kepada kelemahan diri perlu dijadikan sebagai
amalan pemimpin Melayu yang beriman demi memelihara keutuhan agama dan bangsa.
No comments:
Post a Comment