Tuesday, 13 December 2022

KAMPUNG PULAU TENGAH DESTINASI EKOPELANCONGAN

 
Kampung Pulau Tengah, Kubang Kerian, Kelantan telah menang pertandingan Desa Lestari bagi projek Ecopelancongan berasaskan Keindahan Sungai dan Kelip Kelip - Firefly.
 
Program Desa Lestari adalah merupakan salah satu program di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dalam usaha membangunkan kawasan luar bandar.
 
Pengunjung ke Kampung Pulau Tengah berpeluang mengikuti pelbagai aktiviti menarik disediakan antaranya merentasi denai Sungai Pengkalan Datu melalui jambatan sejauh satu kilometer (km), menyusuri sungai dengan menaiki bot, melawat taman kelip-kelip serta ladang lebah kelulut, menuai nira nipah dan mengutip lokan.
 
Melalui aktiviti menyusuri sungai dengan menaiki bot, pengunjung berpeluang melewati tiga kampung sejauh tiga kilometer iaitu dari Kampung Pulau Tengah hingga ke Kampung Pulau Melaka melihat aktiviti komuniti setempat serta menikmati keindahan alam semula jadi di Sungai Pengkalan Datu.
 
Pengunjung berpeluang melihat aktiviti komuniti setempat seperti menuai nira nipah, mengutip lokan, menangkap ketam nipah, melihat sangkar ikan siakap serta kerapu dan sebagainya. 

No comments:

Post a Comment