Mangga kering kekal berkhasit.
Buah mangga segar memang berkhasiat. Namun, bagaimana pula
dengan khasiat mangga kering atau yang telah melalui proses penyahhidratan?
Biarpun telah dinyahhidratkan, mangga kering masih menyimpan
banyak manfaat untuk kesihatan.
Ia mengandungi vitamin C yang baik untuk kulit, imun badan
serta bertindak sebagai antioksidan.
Turut terkandung vitamin A, E dan K yang menyokong kesihatan
mata, jantung dan tulang.
Namun, kajian menunjukkan proses pengeringan boleh
menjejaskan nutrien sensitif haba seperti beta-karotena yang boleh menyebabkan
khasiat berkurang sehingga 53 peratus berbanding mangga segar.
Meskipun begitu, ia masih mengandungi serat diet dan
antioksidan penting lain.
Mangga kering sememangnya snek yang sihat jika diambil
secara sederhana.
Namun, pastikan mangga yang dipilih tanpa salutan manisan
atau gula tambahan. Ia boleh menyebabkan masalah kencing manis kepada
pengidapnya.
Pastikan juga tiada bahaya tiruan digunakan dalam proses
pengeringan.
Dapatkan mangga kering di Shopee



No comments:
Post a Comment