Sesungguhnya Islam itu indah. Keindahan itu
perlu dipertontonkan dan diperjelaskan kepada bukan Islam. Hari ini Islam bukan
dilihat pada keindahan dan kesejahteraan, tetapi dari mata kebencian dan ekstrem
oleh bukan Islam.
Untuk memperlihatkan keindahan Islam boleh
dilakukan dalam pelbagai sudut. Bahkan dalam sukan bola sepak pun boleh
dilakukan.
Seorang peminat Piala Dunia menulis: "Salah
satu keindahan Piala Dunia di Qatar ialah mereka menjadikan tempat sembahyang
kaca di semua pihak, jadi orang bukan Islam boleh melihat orang sedang
bersembahyang itu
Bagi orang Islam, suasana itu biasa, tetapi
luar biasa atau perkara asing bagi orang bukan Islam. Jadi, mereka ingin
mengetahi lanjut mengenai ibadat orang Islam itu.
Seseorang berkongsi pengalaman di FB: “Hari
ini, semasa saya berada di Stadium Al-Bayt, saya pergi untuk bersembahyang Isya
dan selepas saya pergi, saya mendapati orang asing berdiri menonton. Dia
menelefon saya dan bertanya saya: Berapa kali sehari anda melakukan ini?
Itu permulaan baik untuk bukan Islam
mengetahui mengenai Islam. Tentu sekali hatinya telah dijentik untuk mengetahui
lanjut mengenai Islam. Dan, moga-moga permulaan ‘mudah’ itu membawanya menjadi
muslim pada masa hadapan.
Bagaimana pula kita di Malaysia? Apa yang
berlaku bukan membawa bukan Islam mendekati Islam walaupun sebenarnya secara
fizikal mereka sudah terlalu dekat dengan Islam kerana ada yang tinggal atau
berniaga bersebelahan dengan masjid.
Jangan jadikan bukan Islam sebagai ‘musuh’,
tetapi berkawan dan berdakwahlah kepada mereka tentang keindahan Islam. Jangan sekadar berkawan dan semua apa dilakukan bukan Islam betul jika berada dalam satu parti, dan kemudian semua salah apabila berlainan parti.
No comments:
Post a Comment