Thursday, 15 May 2025

KURNIAAN BOT OLEH SERI PADUKA BAGINDA

 
KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan beberapa bot berteknologi tinggi untuk kegunaan beberapa pasukan dan agensi kerajaan.
 
Pada Mac 2025, Seri Paduka Baginda mengurniakan sebuah bot pemintas berteknologi tinggi dinamakan sebagai Ibrahim Class IC 1170cc kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
 
Bot berkenaan yang direka khas sebagai bot pemintas berkelajuan tinggi mampu beroperasi dalam perairan tropika.
 
Sultan Ibrahim turut mengurniakan sebuah bot pemintas berteknologi tinggi kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pahang Mac 2025.
 
Pada November 2020, Seri Paduka Baginda berkenan mengurniakan sebuah bot laju IMG yang berkelengkapan penuh kepada Pasukan Polis Marin (PPM) yang bertugas di Wilayah 2 dengan enjin berkapasiti 900 kuasa kuda bagi penugasan PPM di kepulauan serta perairan Mersing.
 
Seri Paduka Baginda juga berkenan mengurniakan bot Rigid Inflatable Boat (RIB) Tornado kepada 21 Gerup Gerak Khas (21 GGK) pada tahun 2021.
 
Pengurniaan bot bernilai RM1.2 juta dengan enjin berkapasiti 600 kuasa kuda itu adalah bertujuan untuk membantu 21 GGK dalam melaksanakan penugasan dan tanggungjawab mereka.
 
Pengurniaan Seri Paduka Baginda itu mencerminkan keprihatinan Baginda terhadap keselamatan perairan negara dan kesiapsiagaan pasukan berkuasa dalam mengekang ancaman di laut.
 
FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

No comments:

Post a Comment