Penggerak Wanita RISDA (PEWARIS) yang dilancarkan 25 Feb 2024
oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mampu memperkasakan
golongan wanita khususnya dalam aspek ekonomi dan pendidikan.
PEWARIS yang diperkenal oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun
Kecil Perusahaan Getah (RISDA), akan mengubah landskap pemikiran wanita untuk
lebih berdaya saing.
Melaluinya, dapat menerapkan budaya kerja berpasukan dan
tidak bergerak secara silo dalam usaha memperkasakan golongan wanita atau yang
membabitkan isu lain.
Silo ialah sistem yang memisahkan jenis pekerja yang
berbeza, lazimnya mengikut jabatan tempat mereka bekerja. Ini membawa kepada
penghadang yang menghalang kerjasama pasukan dan komunikasi serta mengurangkan
kecekapan dan menghalang aliran maklumat.
Apabila bergerak sebagai satu pasukan yang besar, maka perlu
ketepikan pemikiran secara silo.
PEWARIS adalah kesinambungan kepada jawatan pegawai seranta
RISDA yang dijenamakan semula. Peranan mereka diperluas kepada bidang ekonomi
dan pendidikan.
Penubuhan PEWARIS adalah antara kaedah dalam menambah baik
sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan.
RISDA melantik PEWARIS membabitkan peringkat pusat, negeri
dan parlimen di seluruh negara.
No comments:
Post a Comment