Monday, 6 September 2021

YERBA MATE TEH ARGENTINA BANYAK KHASIAT

 
Di benua Amerika Selatan terdapat sejenis pokok yang dikenali yerba mate. Ia merupakan tumbuhan asli yang tumbuh semula jadi di hutan. Yerba mate diakui kaya khasiat dan manfaat kebaikan untuk kesihatan manusia.

Yerba mate telah digunakan sebagai bahan menghasilkan minuman seperti teh semenjak 400 tahun yang lalu di Argentina dan lain-lain negara Amerika Selatan. Sebab itu ia juga dikenali teh yerba mate atau teh hijau.

Yerba mate mengandungi pelbagai vitamin yang diperlukan dan baik untuk manusia seperti zat mineral, lemak asid, klorofil, polyphenol, asid pantothenik dan 15 jenis asid amino.

Minum tea yerba mate boleh membantu merawat pelbagai penyakit terutama mencuci racun dan mengurangkan keasidan dalam tubuh.

Justeru, tea yerba mate boleh membantu menyelesaikan masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, kencing manis, ulser perut, keletihan, masalah kulit, melangsingkan badan dan melancarkan metabolism badan.

Disebabkan ia banyak diamalkan penduduk di Argentina, yerba mate turut digelarkan sebagai Tea Hijau Argentina.



No comments:

Post a Comment