Amalan
membuang air kecil berdiri menjadi amalan ramai lelaki yang dianggap lebih mudah dan cepat tanpa
perlu menanggalkan seluar bagi melepaskan hajat.
Ditambah
pula semakin banyak mangkuk kencing berdiri disediakan di tandas awam dan ia
menjadi pilihan pertama lelaki untuk membuang air kecil.
Di
kebanyakan negara barat, posisi kencing berdiri adalah perkara biasa. Berbeza
di negara timur dan Asia, lelaki membuang air kecil dengan cara duduk serta
mencangkung.
Kajian
pengamal perubatan menjelaskan bahawa membuang air kecil
secara berdiri adalah amalan tidak baik kerana boleh menjejaskan kesihatan
lelaki.
Keburukan membuang air kecil secara berdiri dapat dilihat daripada
aspek kebersihan.
Membuang
air kecil dalam posisi berdiri boleh meningkatkan halaju air kencing yang
ketara.
Ini
menyebabkan individu terbabit lebih mudah terkena percikan air kencing yang
akan mengotorkan tubuh dan pakaian.
Malah,
tandas turut kotor dengan percikan air kencing berkenaan.
Daripada aspek kesihatan, kebanyakan mangkuk kencing tidak dilengkapi
dengan punca air untuk tujuan mencuci kemaluan menyebabkan ramai tidak atau
jarang mencuci kemaluan dengan bersih selepas membuang air kecil secara
berdiri.
Kemaluan
yang tidak dicuci dengan bersih akan meningkatkan risiko jangkitan di kawasan
kemaluan seperti kandidiasis (jangkitan fungus) dan balanitis (jangkitan pada
bahagian kepala zakar).
Posisi paling sesuai bagi lelaki membuang air kecil ialah duduk atau
mencangkung.
Pada
kedudukan ini kedua-dua tapak kaki mencecah lantai, badan membongkok sedikit ke
hadapan dan lutut dalam keadaan bengkok.
Selain
itu, dalam posisi ini, otot bahagian bawah abdomen, otot pelvis dan otot
belakang badan berada dalam keadaan rehat yang maksimum.
Lelaki yang
membuang air kecil secara mencangkung dapat mengosongkan pundi kencing mereka
sepenuhnya.
Manakala membuang air dalam keadaan berdiri, otot pelvis berada dalam keadaan
tegang dan ia menyukarkan air kencing keluar sepenuhnya.
No comments:
Post a Comment