Sunday, 1 March 2020

PENDAPAT TAIMIYAH MENGENAI CIRI PEMIMPIN TERBAIK


Dalam membicarakan mengenai pemimpin dan kepimpinan, Ibnu Taimiyah mengutamakan kejujuran dan kekuatan, selain moral dan intelektual. Asas yang digunakan ialah ayat Al-Quran sebagai berikut,”…sesungguhnya orang yang paling baik yang engkau ambil untuk bekerja (pada kita) ialah orang yang kuat lagi dapat dipercaya”.

Syarat lain yang perli dimiliki pemimpin ialah berpengetahuan luas, bersikap adil dan soleh.  

Berdasarkan syarat itu, sesiapa sahaja yang memilikinya berpeluang dipilih untuk menjadi pemimpin tertinggi apabila memperoleh sokongan majoriti.

Konsep Ibnu Taimiyah tentang musyawarah sama penting dengan konsep yang dikemukakannya tentang baiah. Ia menghendaki adanya musyawarah yang lebih efektif dan umum. Seorang pemimpin seharusnya tidak hanya meminta pertimbangan dari ulama, tetapi semua kelas dalam masyarakat dan siapa saja yang mampu memberikan suatu pendapat yang dinamis.

Segala urusan kenegaraan perlu dibincangkan dan menerima pandangan daripada pihak yang mempunyai kepakaran atau sesuatu yang wajar mengenainya.

Ibnu Taimiyah membatasi musyawarah itu pada “berbagai masalah yang tidak dijelaskan oleh wahyu”. Andaikata pendekatan Ibnu Taimiyah terhadap pemerintahan Islam yang didasarkan pada syariat dilihat sebagai suatu kerangka kerja umum dan bukan perundangan khusus, maka akan terbuka segala keperluan yang memerlukan kreativiti yang tinggi untuk mengendalikan.

Menurut Ibnu Taimiyah, bila keperluan kepada pemerintahan dianggap perlu, sama ada kerana alasan-alasan rasional maupun agama, maka bentuknya yang khususharus ditentukan oleh umat atas dasar kerjasamai.

Jadi, para pemimpin politik yang dikehendaki oleh Ibnu Taimiyah adalah mereka yang bersandar pada prinsip syura dan mengurus berbagai permasalahan kehidupan masyarakat. Oleh sebab itu, para pemimpin berkewajiban menerima atau mempertimbangkan berbagai jenis cadangan yang sejalan dengan syariat.

Di sisi lain, mereka harus menolak tanpa memperdulikan akibat apapun yang muncul jika diminta memberikan nasihat yang tampak bertentangan dengan syariat. Dan jika para pemimpin dihadapkan pada situasi dengan berbagai pilihan yang harus dipertimbangkan, maka mereka harus menyesuaikan pilihan yang paling selaras dengan syariat.

Pemimpin tidak patut mengutamakan kerjaya politik masing-masing sehingga mengetepikan tuntutan syariat. Pemimpin bertanggunjawab membawa masyarakat kepada kehidupan yang diredai.



Gambar - sekadar hiasan

No comments:

Post a Comment