Thursday 20 February 2020

DIHINA HENDAK KELUAR WANG RM500 DI KAUNTER BANK

Kisah wajib baca. Abaikan gambar sekadar hiasan. Kisahnya berkaitan seorang perempuan telah pergi ke kaunter bank untuk mengeluarkan wang sebanyak RM500.

Tetapi kemudiannya kerani di kaunter bank itu telah melontarkan kad dengan lagak dan kurang ajar sambil berkata "kalau nak keluarkan duit kurang daripada RM5000 sila keluarkan di ATM. Kami tiada masa untuk keluarkan wang yang sedikit."

Kemudian, perempuan itu mengambil kad itu semula dan menyerahkannya kepada kerani tersebut dan berkata "Kalau macam tu keluarkan sahaja semua yang ada di dalam akaun ini."

Kerani bank itu sangat terkejut apabila mendapati di dalam akaun perempuan itu terdapat sejumlah RM200 juta!!!!.

Dengan lemah lembut dan penuh santun, kerani bank menyatakan mereka tidak dapat menyediakan wang sebanyak itu. Jika mahu pengeluaran sebanyak itu, perlulah membuat janji temu.

Perempuan itu kemudiannya bertanya tentang jumlah yang boleh dikeluarkan secara serta merta pada hari tersebut.

Lalu kerani bank menjawab dengan amat sopan. Jumlah yang boleh dikeluarkan ialah RM300,000.00 sahaja.

Perempuan itu menjawab "kalau begitu saya mahu keluarkan RM300,000.00 sekarang...

Dengan susah payah kerani bank mengira dan menyerahkan duit kepada perempuan itu.

Setelah mengambil duit itu, perempuan itu pun menyerahkan semula duit sebanyak RM299,500.00 kepada kerani tersebut dan berkata, "Saya hanya memerlukan RM500 sahaja. Sila simpan semula semua duit saya ke dalam akaun saya...

Moral of the story:
Kita kena cari perempuan tu... mungkin janda kerr..

No comments:

Post a Comment