Sekolah
Menengah Kebangsaan Tengku Bendahara atau nama ringkasnya SMK
Tengku Bendahara terletak di Kampung Jerek, Bertam, Gua Musang, Kelantan.
Lokasinya kira-kira 40 kilometer dari bandar Gua Musang dan kira-kira 170 kilometer
dari bandar Kota Bharu, ibu negeri Kelantan.
Nama
sekolah ini asalnya Sekolah Menengah Kebangsaan Jerek. Sekolah ini ditubuhkan pada
tahun 1995. Nama SMK Tengku Bendahara diberikan oleh Sultan Kelantan dan
dirasmikan oleh baginda.
Selain
menampung pelajar kawasan sekitar, SMK Tengku Bendahara juga menjadi salah satu
sekolah penempatan untuk Orang Asli dari kawasan penempatan Orang Asli seluruh Gua
Musang.
Bagaimana
pun, penempatan pelajar Orang Asli ini ditamatkan apabila Sekolah Menengah
Kebangsaan (SMK) Panggong Jaya yang dibina khusus untuk Orang Asli beroperasi.
SMK Panggong Jaya dibina dengan perbelanjaan RM50 juta terletak tidak jauh dari
Kampung Kuala Betis.
SMK
Tengku Bendahara mempunyai asrama untuk menampung pelajar yang tinggal jauh dari
sekolah. Selain itu, kemudahan rumah guru juga disediakan memandangkan majoriti
guru adalah mereka yang berasal jauh dari Kampung Jerek.
No comments:
Post a Comment