Kanak-kanak memang kreatif. Ada sahaja permainan yang mereka
“cipta” apabila bersama-sama. Apa sahaja peralatan dan benda yang ada akan
dijadikan bahan permainan.
Ini nama permainan “terjun kerusi”. Susun beberapa kerusi
yang ada. Naik dan berdiri di atas kerusi bermula kerusi pertama atau di
bahagian belakang.
Peserta akan bergerak ke kerusi seterusnya sehingga kerusi
paling hadapan. Peserta akan terjun di atas simen. Susunan atau giliran terjun
macam peserta terjun di kolam. Pemain yang telah terjun akan kembali ke kerusi
barisan belakang dan bergerak ke hadapan apabila kerusi di hadapan kosong.
Begitulah proses seterusnya sehingga mereka letih atau tidak
mahu bermain lagi.
Perhatian - Permainan ini tidak sesuai untuk kanak-kanak
berusia bawah tiga tahun atau yang tidak pandai mengimbangkan badan berjalan di
atas kerusi dan yang takut untuk terjun.
No comments:
Post a Comment