Monday 10 February 2020

AIR TERJUN KUBANG GAJAH, HULU KELANG

Air Terjun Kubang Gajah terletak di Kampung Kemensah, mukim Hulu Kelang. Kemensah merupakan kawasan bersebelahan hutan simpan dan berbukit bukau. 

Suasananya dingin ketika pagi, malam dan musim hujan. Lokasi Air Terjun Kubang Gajah tidak jauh dari Zoo Negara.

Untuk ke air terjun ini, pengunjung perlu memandu kereta melalui jalan di belakang Zoo Negara sehingga berjumpa tempat di mana aktiviti All-Terrain Vehicle (ATV) dijalankan.

Untuk ke Air Terjun Kubang Gajah ini pendaki perlu berjalan kaki melalui jalan kereta lebih kurang 500 meter sehingga berjumpa titik mula denai yang terletak di pertengahan pendakian jalan kereta yang agak cerun.

Denai menuju air terjun turut menjadi laluan ATV, basikal bukit dan motor scrambler.

Trek pendaki boleh dianggap santai di kalangan pendaki tegar. Masa hiking diambil pendaki tegar sekitar bawah 30 minit. Bagi mereka yang baharu mencuba hiking dan banyak berehat, masa paling lama diambil kira-kira sejam setengah.  

Biarpun terdapat laluan curan dan halangan, ia tidak dianggap terlalu sukar. Kanak-kanak berumur lima tahun yang dibantu bapa dalam perjalanan mampu menyertai hiking.

Air terjun di sini mempunya tingkat yang berbeza dan ia mempunya 3 tingkat. Di peringkat yang pertama air terjun ini diberi nama Air Terjun Sofea Jane. Air terjun kedua Maya Karin dan ketiga Neelofa. Tidak pasti pula mengapa nama artis-atis tersebut timbul di situ.

No comments:

Post a Comment