Sunday 10 December 2023

BANGUNAN GUNA SAMA PERSEKUTUAN KOTA BHARU

 
Bangunan Guna Sama Persekutuan Kota Bharu di Tunjong yang dalam proses pembinaan bakal menggantikan Wisma Persekutuan di Kota Bharu sebaik siap dibina.
 
Projek pembinaan bangunan yang menelan perbelanjaan sebanyak RM470 juta itu bermula pada Jun 2020 dan dijangka siap pada Julai 2024. Projek ini diluluskan dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
 
Bangunan ini nanti akan mempunyai empat blok pejabat dengan ketinggian lapan tingkat dilengkapi auditorium, dewan serba guna, surau, medan selera, tadika dan taska, blok pengawal serta kira-kira 2,000 lot tempat letak kereta bertingkat.

No comments:

Post a Comment