Thursday 5 October 2023

AKOK DIGEMARI DI LUAR KELANTAN

 
Kuih akok sejenis kuih tradisional popular di Kelantan. Bagaimanapun, kini ia turut diminati di luar Kelantan. Biasanya dibuat berbentuk bujur, ikut acuan buah bahulu. Akok rasanya manis bertelur.
 
Cara pengandungan dan pembakaran merupakan faktor yang menjadikan sesuatu kuih akok itu sedap. Pada kebiasaannya akok nisan berwarna gelap, sementara akok daun pandan dan akok kemboja bewarna hijau pucat.
 
Rahsia resipi kuih akok adalah berkait rapat dengan proses penghasilan kuih akok yang memerlukan penggunaan telur yang banyak. Kuih akok yang tawar atau tidak sedap berpunca mempunyai banyak tepung.
 
Cara pembakaran menggunakan sarang dipanaskan menggunakan sabut kelapa atau arang juga mempengaruhi aroma rasa. 

Akok biasanya dihasilkan bagi jualan harian disebabkan tidak tahan lama, kecuali disimpan di dalam peti sejuk.  
 
Akok sekarang ini bukan sahaja digemari penduduk Kelantan, bahkan kini telah tersebar di seluruh negara. Penyebaran atau kewujudan kuih akok di kawasan luar Kelantan dilakukan oleh mereka yang berasal dari Kelantan tinggal di tempat berkenaan. Tambahan sekarang ini ada banyak orang berkongsi resipi akok di media sosial dan mudah dibuat. 
 
Bagaimanpun, akok yang dijual di luar Kelantan biasanya sedikit kurang manis berbanding apa yang dijual di Kelantan. Ini kerana akok di Kelantan dan kuih muih di Kelantan sememangnya rasa manis.

No comments:

Post a Comment