Sunday 24 September 2023

LAMAN SENI CINTA RIMBA, BUKIT BELACAN

 
Seni itu indah. Orang seni sanggup mengabadikan diri kepada seni yang diminati. Tidak kisahlah seni apa sekalipun.
 
Dari rasa seni yang tegar dalam diri, mereka terus berjuang memugarkan seni dalam diri sendiri dan dikongsikan dengan masyarakat sekeliling.
 
Salah satu hasil perjuangan anak seni ialah Laman Seni Cinta Rimba yang terletak di Bukit Belacan, Ampang, Selangor. Laman seni tersebut terbuka kepada kehadiran sesiapa sahaja. Macam-macam hal seni ada di situ, terutama lukisan abstrak dan buku.
 
Ada sahabat menukilkan sebuah sajak.
 
Laman Seni Cinta Rimba
 
Kau hidup liar dan bebas
damai dan sederhana
bercengkerama
bersama unggas
dan binatang buas
tumbuh dengan tulus
dan mulus.
 
Kebersamaanmu
yang menghijau
meredupkan pandangan
dalam lingkungan penuh
flora dan fauna
kau mekar dan subur
dalam hati sanubari.
 
Kehijaunmu yang mumpun
Menebar oksigen kehidupan
demi melestari
kesejahteraan sejagat
Demi cinta Ilahi
yang menyeluruh
di alam ini.
 
Alkhair Aljohore@
24.9.23

No comments:

Post a Comment