Saturday 18 November 2023

NASIB MELAYU JIKA HILANG KUASA

 
Orang Melayu akan bangsat jika hilang kuasa. Itu hakikat perlu diakui bangsa Melayu sendiri. Ramalan ini bukan untuk menakutkan bangsa Melayu. Itu bakal benar-benar berlaku. Justeru itu, bangsa Melayu mesti terus berkuasa. Jangan biarkan kuasa pemerintahan yang dipegang sekarang diserahkan kepada bangsa lain. Ini bukan soal rasis atau perkauman. 
 
Orang Melayu mesti mengukuhkan kedudukan dan mempertahankan sebagai kuasa dominan di Malaysia atau berisiko menjadi orang asal negara maju seperti di Amerika Syarikat dan New Zealand.
 
Jangan Melayu jadi macam ‘Red Indian’ yang cuma tinggal sejarah, atau Maori yang ada muzium dan nama, tapi tidak ada kuasa.
 
Mana-mana kaum jika berpeluang pasti ingin menjadi penguasa atau pemerintah. Bahkan dalam konteks di Malaysia yang berbilang kaum, ada kaum yang biarpun jumlahnya sedikit atau tidak menjadi majoriti masih beriya-iya hendak menguasai kerusi pemerintah, biarpun dengan cara proksi.

Jika Melayu hilang kuasa, nasibnya akan sama seperti dialami Melayu Singapura. Jika Melayu hilang kuasa, peluang untuk terus membina kekuatan ekonomi akan terbantut.

Bayangkan, biarpun dibantu dan beri pelbagai kemudahan untuk memperkukuhkan ekonomi dan sosial, bangsa Melayu sekarang masih ketinggalan berbanding bangsa lain. 

Bayangkan apa yang akan berlaku jika Melayu hilang kuasa. Tiada lagi bantuan dan keistimewaan untuk orang Melayu. Jangan fikir perkara ini remah kerana lemah Melayu, bererti juga hancur Islam di Malaysia. Kekuatan Islam di Malaysia kerana kekuatan dan kuasa orang Melayu. 
 
Melayu tidak nafikan sumbangan orang Islam daripada kalangan bukan Melayu. Mereka juga memberi sumbangan besar. Namun, apa yang mereka mampu lakukan itu juga hasil perancangan dan kuasa orang Melayu yang memperjuangkan Islam.
 
Kedudukan dan kuasa orang Melayu di Malaysia yang mendokong Islam mendapat perhatian seluruh dunia. Orang Islam di Malaysia mendapat penghormatan tinggi di luar negara.
 
Apa yang mampu dilakukan oleh Islam di Malaysia, sama ada di dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa sering dicemburi oleh musuh Islam. Justeru itu, ada saja usaha buruk dilakukan pihak luar untuk meruntuhkan kekuatan Melayu.
 
Serangan terhadap kepimpinan Melayu dilakukan agar orang Melayu lemah. Mereka ingin Malaysia diperintah oleh Melayu yang tunduk dan ikut perintah mereka. Melayu yang sanggup jadi barua kepada bukan Islam.
 
Maka itu, orang Melayu wajib mempertahankan parti yang menerajui kepimpinan negara itu. Seandainya Melayu hilang kuasa, apa akan terjadi kepada bangsa Melayu dan umat Islam pada masa depan?

Kalau Melayu ada masalah, cari penyelesaian, sama ada peringkat nasional, peringkat negeri, takkan tidak ada penyelesaian. Ajaran Islam mengajar kita agar bersatu dan taatkan pemimpin. 

No comments:

Post a Comment