Monday 2 September 2024

TATACARA PENGIBARAN JALUR GEMILANG.

 
Terdapat tatacara pengibaran Jalur Gemilang yang perlu dipatuhi. Bersama kita praktikkan cara penggunaan Jalur Gemilang yang betul! 

- Jalur Gemilang hendaklah dipasang secara melintang sahaja. 

-  Jika disambung dalam kuantiti yang banyak (flagline), kedudukan bendera haruslah dipasang secara melintang juga 

- Bendera boleh disambung dalam kedudukan melintang dengan kuantiti yang banyak (flagline) 

- Bendera  tidak boleh disambung dalam kedudukan menegak dengan kuantiti yang banyak (flagline) 

- Bendera segitiga tidak boleh disambung dalam kuantiti yang banyak (flagline). 

- Dari sudut hadapan, kiri Banner Malaysia bermula dengan jalur bewarna merah dan diakhiri dengan jalur bewarna putih. 

- Banner Malaysia harus mempunyai bentuk ekor di bawah yang berukuran 1/8 daripada panjangnya. 

- Banner Malaysia tidak boleh dikibarkan secara melintang. 

- Penggunaan bendera pelbagai gaya pada alas meja, kusyen, langsir, payung, tuala mandi, pelitup muka, kain tudung, topi, songkok, tanjak, sanpin, pakaian dan sebagainya adalah tidak dibolehkan. 

- Objek seperti botol, pasu, tiang, tin, tudung saji dan sebagainya yang dibalut dengan bendera atau dilukis menyerupai bendera adalah tidak dibenarkan. Penggunaan warna asas dan motif bendera (merah,putih, biru dan kuning) sahaja dibenarkan. 

- Penggunaan bendera pelbagai gaya, gambar serta bentuk yang diubah fizikal bendera itu untuk dijadikan iklan bagi tujuan mempromosikan Sambutan Bulan Kebangsaan tidak dibenarkan. 

- Penggunaan bendera dalam penghasilan logo tidak dibenrkan sama sekali. Penggunaan warna asas dan motif bendera (merah, putih, biru dan kuning) sahaja dibenarkan. 

- Penggunaan bendera dalam infografik tidak dibenarkan bertindih di antara teks dan bendera.

No comments:

Post a Comment