Pokok moringa berasal India, tumbuhan
perubatan cukup terkenal. Pada dasarnya, moringa ini dikatakan kaya dengan
nutrien.Justeru, pokok moringa turut dikenali “pokok kehidupan” kerana
kemampuannya dikatakan dapat mengurangkan kesakitan dan risiko penyakit
jantung, ulser dan penyakit kronik lain.
Dalam perubatan tradisional, hampir semua
bahagian pokok ini digunakan termasuk daun, kulit kayu, akar dan getahnya. Di
Amerika Syarikat moringa popular dijadikan daun serbuk, suplemen dan rumusan
dalam bahan penjagaan kulit.
Pokok moringa kaya khasiat itu sebenarnya
bukan sukar diperoleh. Mudah ditanam dan tidak sukar penjagaannya.
Pokok moringa dikenali dengan banyak nama
di Malaysia seperti rembungai, remunggai, lemunggai, merunggai, gemunggal,
murungai, pokok kelor dan beberapa nama lain mengikut tempat.
Di negara kita daun, akar dan buah
pokok moringa ini banyak kegunaannya dijadikan herba perubatan begitu
juga kacang atau buah moringa yang digunakan dalam masakan
seperti sayur goreng, masak lemak cili padi, digoreng bersama telur, kari
dan banyak lagi jenis masakan yang dicampurkan dengan daun ini yang mampu
menyedapkan masakan itu selain mempunyai kandungan nutrisi yang sangat tinggi.
Daun moringa segar setanding dengan 7 kali vitamin
C yang terdapat pada buah oren dan 4 kali vitamin A yang terdapat pada lobak
merah.
Daun moringa juga kaya dengan kalsium iaitu
kira-kira 4 kali ganda kalsium yang tinggi seperti yang ada pada susu.
Kandungan kalium yang sangat tinggi 3 kali ganda yang terdapat pada pisang.
Daun moringa mempunyai dua kali ganda
protein seperti yogurt.
Manakala daun moringa kering setanding
dengan 10 kali ganda vitamin C yang ada pada buah oren. Setanding dengan 10
kali ganda vitamin A yang ada pada lobak merah.
Daun moringa kering juga mempunyai 17 kali
ganda kalsium yang tinggi yang ada pada susu. Mempunyai 15 kali ganda kalsium
yang tinggi yang ada pada pisang. Setanding dengan 8 kali ganda protein yang
ada pada yogurt.
Moringa yang kaya antioksidan membantu
mengatasi tekanan oksidatif. Tekanan oksidatif kronik ialah ketidakseimbangan
antara jumlah antioksidan dan radikal bebas dalam sel.
Ia dikaitkan dengan perkembangan penyakit kronik seperti kanser, penyakit jantung, dan diabetes.
Pokok moringa penuh dengan sebatian
fenolik, iaitu molekul dengan sifat antiradang.
Flavonoid, fenolik dan karotenoid adalah sebatian fenolik ada dalam pokok moringa.
Penyelidik mendapati sebatian fenolik
seperti flavonoid boleh meningkatkan kesihatan sistem imun, mencegah penyakit
kronik dan melawan keradangan.
Satu kajian mendapati tumbuhan moringa
boleh membantu menangani malnutrisi, yang berlaku apabila anda tidak mendapat
cukup atau terlalu banyak nutrien atau tenaga.
Ia dikaitkan dengan perkembangan penyakit kronik seperti kanser, penyakit jantung, dan diabetes.
Flavonoid, fenolik dan karotenoid adalah sebatian fenolik ada dalam pokok moringa.
Daun dan biji moringa mengandungi vitamin, mineral dan lemak yang membantu mencegah malnutrisi.
No comments:
Post a Comment