Saturday 12 October 2024

MAKSUD “RENYOH” DIALEK KELANTAN

 
Dialek Kelantan menyebut “renyoh”. Perkataan itu dalam bahasa baku ialah “renyah”. Definisi “renyoh” dan “renyah” adalah sama iaitu sesuatu keadaan atau perkara yang leceh, rumit, susah (kerana memerlukan tenaga, benda, dan lain-lain yang banyak).

Maksud merenyah ialah membuat atau mengerjakan sesuatu dengan teliti atau saksama.

Manakala dalam glosari dialek Pahang, “renyoh” bermaksud melakukan sesuatu dalam keadaan marah.

No comments:

Post a Comment