Isu transgander menjadi hangat. Pondan, mak
nyah, kedi, lembut dan panggilan-panggilan yang seumpama merujuk kepada lelaki
yang bersifat perempuan.
Sebenarnya, terdapat tiga golongan yang dikategorikan
sedemikian, termasuk transexual (mereka yang menjalani pembedahan menukar
jantina), transvestite (mereka yang sekadar berasa perlu berpakaian atau
berkelakuan mengikut jantina berbeza) dan homoseksual (mereka yang cenderung
pada kaum sejenisnya).
Golongan yang dikategorikan transvestite
sekadar suka bergaya ala orang perempuan dan pada hakikatnya mereka sedar dan
masih ingin kekal sebagai lelaki. Malah, sebahagian mereka dalam tempoh
tertentu akan kembali menjadi lelaki normal biarpun masih kelihatan lembut,
terutama apabila sudah berkahwin.
Transvestism ialah amalan berpakaian dan
berperangai yang bertentangan dengan jantina. Fenomina ini mula berlaku sekitar
tahun 1910-an. Perkataan transvestism mula diperkenalkan oleh Magnus Hirschfeld
yang bermaksud ‘berlawanan’ dengan norma jantina, contohnya lelaki yang
berminat berpakaian wanita dan sebaliknya.
Manakala anak yang dikategorikan sebagai
transexual pula bukan setakat suka beraksi seperti wanita tetapi golongan ini
menyimpan hasrat untuk menukar jantina.
Golongan ini adalah golongan lelaki yang
ingin menjadi wanita kerana berasa diri mereka terperangkap dalam tubuh lelaki.
Mereka bencikan bentuk tubuh mereka. Mereka ingin menghapuskan bulu-bulu di
badan dan ingin mengencangkan buah dada.
Golongan inilah yang cenderung melakukan
pembedahan untuk menukar penampilan mereka. Kajian rata-rata menunjukkan tidak
terdapat sebarang punca dari segi biologi dan ia dipercayai mempunyai kaitan
rapat dengan persekitaran seseorang.
Individu berkaitan perlu diyakinkan bahawa
krisis identiti ini merupakan sesuatu yang boleh dirawat atau diubah, dan
seseorang itu boleh diyakinkan untuk berhenti menjadi transgender. Golongan ini
perlu dibantu untuk berubah dan bukannya dihina dan dicaci. Liputan positif
yang diberikan kepada komuniti transgender terlampau sedikit.
Justeru, untuk dipandang dari sudut sisi
yang baik, golongan tranggender itu sendiri perlu mempunyai keinginan untuk
berubah dan meninggalkan alam kehidupan berkenaan secara perlahan-lahan.
Sikap setengah pihak yang berkeras untuk
mempertahankan 'hak' golongan mak nyah untuk terus hidup di alam khayalan
mereka bukan membawa kepada arah kebaikan, sebaliknya menambahkan semangat
golongan itu untuk terus hidup mengikut apa yang diingini.
Sesungguhnya, bimbingan berdasarkan
kehendak agama perlu diamalkan. Namun, ada pula golongan yang cuba liberal
dalam soal ini apabila menyokong dan mempertahankan kecenderungan golongan mak
nyah, contohnya dalam soal berpakaian menyerupai wanita atas dasar hak
kebebasan. Sokongan itu tidak mengubah kepada keadaan lebih baik.
Sesungguhnya, komuniti transgender perlu
dibimbing dan menjalani kehidupan mereka, bekerja, mempunyai kehidupan peribadi
dan melakukan aktiviti harian tanpa perlu bimbang tentang diskriminasi dan
gangguan.
No comments:
Post a Comment