Satu fenomina di Kelantan ialah jualan nasi
dan makanan lain yang dijual siap dibungkus. Penjual akan mendirikan khemah
kecil atau payung di tepi jalan untuk menanti kedatangan pelanggan.
Penjual tidak memasak sendiri makanan itu,
sebaliknya diambil dari beberapa pembekal. Jadi, pembeli ada banyak pilihan
mengikut cita rasa masing-masing.
Menariknya, ada nasi bungkus yang dijual
diambil dari pembekal dari daerah lain yang berpuluh-puluh kilometer dari tempat
ia adakan dijual.
Nasi bungkus pun ada jenama yang terkenal. Ia
bukan sahaja dijual di Kelantan, bahkan nasi bungkus jenama berkenaan pada
setiap pagi akan diterbangkan ke kawasan Lembah Kelang untuk memenuhi
permintaan rakyat Kelantan yang tinggal di sana.
Kalau di negeri lain, pemandangan penjual
makanan di tepi jalan hanya dapat dilihat pada waktu pagi, namun lain di
Kelantan. Selain menjual pada waktu pagi sehingga pukul sembilan atau 10 pagi,
ia turut dijual pada waktu petang sehingga lewat malam untuk makam malam.
Penjual tidak sukar untuk membuka tutup
khemah kecil dan meja. Bahkan, ada yang tidak memasang khemah dan hanya sekadar
satu meja kecil. Penjual biasanya terdiri remaja yang mendapat komisyen dari hasil
jualan.
No comments:
Post a Comment