Aktiviti
berbasikal semakin mendapat sambutan di kalangan rakyat Malaysia termasuk di kalangan
warga emas. Berbasikal dianggap aktiviti santai yang boleh dilakukan mengikut kemampuan
masing-masing.
Ada
sekadar berbasikal keliling kampung atau taman perumahan. Manakala yang berkeupayaan
pula melakukan kayuhan lebih jauh sehingga puluhan kilometer bagi setiap sesi.
Namun,
di kalangan yang ingin cabaran lasak akan memilih mountain biking ialah sukan
yang terdiri daripada kayuhan basikal yang melalui off-road atau jalan yang
lasak seperti hutan, berbukit-bukit, dan lain-lain lagi.
Kebiasaannya
pengguna memanggilnya Mountain Bikes (MTB). MTB atau basikal bukit sama sahaja
dengan basikal biasa, cuma pembuatannya lebih tahan berbanding yang biasa. Ciri-ciri pembuatannya lebih menjurus kepada ketahanan yang sesuai
dengan keadaan lasak.
MTB
umumnya memerlukan ketahanan fizikal dan mental. Ia adalah sukan berindividu
yang memerlukan kemahiran untuk mengendalikannya.
MTB
boleh dilakukan hampir di mana-mana sahaja dari jalan raya ke jalan lasak.
Kebiasaannya pengayuh MTB jalan tidak bertar dan sempit melalui hutan, bukit dan
ladang.
Penunggang
mestilah tahu cara untuk membaiki basikal yang rosak atau tayar
bocor untuk mengelak daripada berlaku perkara yang tidak diingini.
Sebab
itu, ada penunggang memberi keutamaan membawa beg galas yang mengandungi semua peralatan penting untuk membaiki jika berlaku kerosakan. Turut dibawa adalah keperluan rawatan kecemasan jika berlaku kecederaan.
No comments:
Post a Comment