Saturday 4 November 2023

LETAK SAMPAH ATAS BUMBUNG KERETA

 
Sikap letak sampah atas bumbung, bonet atau bahagian belakang kereta satu amalan mementingkan diri sendiri. Biasanya plastik sampah itu akan terjatuh sebelum tiba di tempat membuang sampah. Plastik sampah pecah dan menyebabkan sampah bertaburan di jalan raya. Memang menjijikkan.
 
Amalan atau perbuatan tersebut biasa dilihat di Kelantan. Penduduk akan meletakkan plastik sampah di atas bumbung, bonet atau bahagian belakang kereta kerana hendak mengelak bau busuk sampah yang dibawa jika diletakkan di bahagian simpan barang atau di dalam kereta.
 
Cara itu dilakukan kerana jarak rumah dengan tong sampah biasanya jauh, sempat bau buruk sampah meresap di dalam kereta. Sampah yang hendak dibuang biasanya telah berbau busuk.
 
Sampah yang hendak dibuang perlulah diletakkan di bahagian simpan barang untuk mengelak ia terjatuh jika diletakkan di atas bumbung, bonet atau bahagian belakang kereta.
 
Buanglah sampah sebelum ia bertukar menjadi busuk. Jadi, tidak timbul masalah bau busuk akan meresap di dalam kereta. Untuk mengelak bau busuk keluar, boleh juga dengan cara menggunakan plastik tebal yang tidak mudah koyak.
 
Jangan pentingkan diri dan untuk kemudahan sendiri, sedangkan jika plastik sampah terjatuh, ia akan mencemarkan jalan raya atau kawasan di mana plastik itu terjatuh.
 
Pihak berkuasa tempatan (PBT) juga perlu memainkan peranan untuk mengelak amalan buruk itu ialah dengan cara meletakkan lebih banyak tong sampah berhampiran dengan tempat tinggal penduduk. Penduduk boleh membuang sampah lebih kerap dan mudah.

No comments:

Post a Comment