Saturday, 11 December 2021

SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

 
Sejarah Perlembagaan Persekutuan bermula apabila negara dalam proses mencapai kemerdekaan. Ia bermula daripada satu persidangan perlembagaan yang telah diadakan di London pada 18 Januari hingga 6 Februari 1956.

Delegasi daripada Persekutuan yang mengandungi empat wakil pemerintah, iaitu ketua Menteri Persekutuan Tunku Abdul Rahman dan tiga menteri, dan juga Pesuruhjaya Tinggi British di Malaya dan penasihat-penasihatnya.

Satu suruhanjaya dibentuk untuk membantu dan menasihat tugas merangka serta menyiapkan Perlembagaan Persekutuan yang menjadi nadi kepada sebuah negara.

Suruhanjaya yang dianggotai pakar perundang dari luar negara dipengerusikan oleh Lord William Reid berasal dari British. Mengambil sempena mana pengerusinya, suruhanjaya itu dikenali Suruhanjaya Reid.  

Anggota lain dalam suruhanjaya yang dianggotrai 5 orang itu ialah Sir Ivor Jennings juga dari British, Sir William McKell (Australia), Hakim B Malik (India) dan Hakim Abdul Hamid dari Pakistan.

Suruhanjaya yang dibentuk pada Mac 1956 itu melaksanakan tugas kajian dan penyusunan laporan kira-kira lapan bulan bermula Jun 1956 hingga Febuari 1957 yang mana perlembagaan berkenaan berkuatkuasa sejurus selepas kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.  

Laporan ini sebelum disahkan, terlebih dahulu dibahaskan oleh parti politik utama negara ini dan diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan Tanah Melayu dalam bulan Jun pada tahun 1957, kira-kira dua bulan sebelum negara mencapai kemerdekaan.

Dalam proses runding cara itu, satu memorandum daripada parti Perikatan telah mendapat keutamaan.

Memorandum yang disebut sebagai Pakatan Murni iaitu persetujuan secara bertolak ansur demi kepentingan bersama serta persetujuan menghormati hak-hak orang lain, menyentuh lima perkara utama iaitu kedudukan Raja-Raja Melayu, kedudukan agama islam, kedudukan bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan kerakyatan sama rata.

Terma rujukan kepada Perlembagaan Persekutuan yang dirangka oleh Suruhanjaya Reid berdasarkan kepada apa yang terkandung dalam Persetujuan Persekutuan Tanah Melayu 1948.

Dalam Perjanjian Persetujuan Persekutuan Tanah Melayu 1948, nama "Persekutuan" telah dicadangkan kepada Tanah Melayu yang terdiri 11 negeri, termasuk Pulau Pinang dan Melaka yang dikuasi penjajah Inggeris, menjadikan ia dikenali Persekutuan Tanah Melayu.

Perlembagaan Persekutuan 1957 ini telah dijadikan asas kepada pembentukan Perlembagaan Persekutuan bagi negara Malaysia yang diisytiharkan pada 16 September 1963.

Kemasukan Singapura, Sabah dan Sarawak ke dalam Persekutuan Malaysia menyebabkan Perlembagaan Persekutuan 1957 dipinda dan beberapa pindaan dibuat mengenai bab pemakaian bagi negeri tersebut.

Gambar: Tunku Abdul Rahman menandatangani perjanjian Persekutuan Tanah Melayu antara London dan Kuala Lumpur pada 1957

Friday, 3 December 2021

NABI BERI PANDUAN CARA CEGAH WABAK PENYAKIT

 
Nabi Muhammad memberi panduan berguna bagaiman mencegah dan mengawal sesuatu penyakit. Apa yang diamalkan Rasulullah diakui berkesan oleh pakar-pakar kawalan penyakit dan perubatan moden hari ini.

Rasulullah SAW memerintahkan agar sekiranya wabak penyakit menular di satu kawasan, maka penduduknya dilarang keluar ke tempat lain bagi mengelak penyakit itu  tersebar ke kawasan lain.

Penduduk dari tempat lain pula ditegah memasuki kawasan dilanda wabak bagi mengelak terkena penyakit.     

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Jika kamu dengar berita suatu wabak taun berlaku di satu-satu tempat maka janganlah kamu memasuki tempat itu dan jika ia sudah berlaku di tempat kamu maka janganlah kamu keluar daripadanya.” (Hadis riwayat Bukhari).

Di negara kita, apabila ada sesuatu wabak penyakit melanda sesuatu kawasan, kerajaan akan mengeluarkan arahan supaya rakyat tidak berkunjung ke kawasan itu. Penduduknya pula dinasihatkan agar tidak keluar dari kawasan itu.

Arahan itu penting bagi mengelak wabak penyakit menular di tempat lain. Lebih banyak orang menanggung akibatnya jika wabak merebak ke kawasan lain sehingga sukar untuk dikawal.  

Justeru, sesiapa yang yang perlu terus kekal di sesuatu tempat dilanda wabak hendaklah melakukan langkah berjaga-jaga supaya tidak terkena wabak penyakit itu, di samping bersabar dan bertawakal menghadapi musibah. Sesungguhnya Allah tidak akan mempersia-siakan pahala orang yang sabar dan bertawakal.      

Hal ini dijelasan Rasulullah SAW dalam sabda yang bermaksud: “Seseorang hamba (muslim) yang berada dalam satu-satu negeri yang terkena wabak taun maka hendaklah dia tetap diam di dalamnya, jangan sekali dia lari keluar daripadanya. Hendaklah dia bersabar dan mengharapkan ganjaran Tuhan dan di dalam hatinya dia berkeyakinan bahawa dia tidak akan terkena sesuatu kecuali apa yang telah ditentukan Allah untuknya. Baginya pahala sebagaimana pahala orang yang mati syahid.” (Hadis riwayat Bukhari).

Wabak penyakit adalah satu ujian terhadap manusia. Kejadian itu memberi peringatan dan menguji sejauh mana penerimaan terhadap apa yang berlaku terhadap diri dan masyarakat.  

Orang beriman menganggap wabak penyakit mempunyai hikmah disebaliknya. Semakin banyak ujian dihadapi memberi peringatan supaya lebih menghampirkan diri kepada Allah SWT.

Oleh itu amat wajar melahirkan rasa bersyukur dapat meneruskan kehidupan biarpun berdepan dengan pelbagai wabak penyakit silih berganti.

Sikap manusia mudah lupa apabila mendapat nikmat, termasuklah nikmat kesihatan. Anugerah kesihatan baik yang dinikmati dirasakan sekadar satu perkara biasa. Sebaliknya, apabila ditimpa musibah penyakit, baru seseorang akan merasakan betapa besarnya anugerah kesihatan.

Untuk menghindar sesuatu penyakit perlulah mengikut kaedah yang berkaitan dengannya. Sebagai contohnya untuk mengelak daripada penyakit deman denggi hendaklah menghalang diri daripada digigit nyamuk aedes.

Nyamuk aedes membiak di dalam takungan air yang bersih. Justeru, langkah pencegahan yang utama ialah menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes. Jika nyamuk aedes tidak ada, maka tidaklah penyakit deman denggi merebak. 

Tindakan menghapuskan tempat pembiakan aedes sebenarnya berkait rapat dengan menjaga kebersihan alam sekitar. Rasulullah SAW sentiasa menekankan soal menjaga kebersihan yang menjadi sebahagian daripada cabang iman.

Gambar: Jaga kebersihan salah satu cara mengelak wabak penyakit. 

Monday, 29 November 2021

PANDUAN CARA MENGEJA KATA MAJMUK

 
Pada asalnya kata majmuk dieja dua perkataan seperti kuat kuasa dan kemas kini. Apabila menerima awalan atau akhiran kata majmuk masih deja dua perkataan seperti berkuat kuasa dan dikemas kini.

Namun apabila kata majmuk menerima apitan sama ada apitan ke-...-an atau pe-...-an barulah dieja satu perkataan seperti dikuatkuasakan dan pengemaskinian.

Cara ejaan kata majmuk yang dijadikan nama khas hendaklah dieja mengikut nama khas tersebut.

Contohnya, ejaan bandar raya (kata nama am) adalah dieja mengikut peraturan asas yang menetapkan ia dieja dua perkataan.

Sebaliknya, jika kata nama tersebut sebahagian daripada nama khas yang didaftarkan contohnya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, maka ejaannya ialah "Bandaraya" mengikut nama khas tersebut. 

Tuesday, 23 November 2021

SENAMAN LYMPH NODE DETOX

 
Rakyat Malaysia yang berbilang kaum mengamalkan hidup yang harmoni dan sanggup berkompromi dalam segenap aspek kehidupan, selagi ia tidak bertentangan dengan kehendak agama dan norma kehidupan masyarakat Timur.

Antara aktiviti riadah yang mendapat sambutan ialah Lymph Node Detox Exercise yang dianjurkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO ) mendapat sambutan semua kaum.

Aktiviti yang diadakan mendapat sambutan dari semua kaum dan pelbagai lapisan masyarakat.

Lymph Node Detox Exercise adalah satu bentuk senaman yang berasal dari Taiwan. Ketika mula diperkenalkan, ia hanya disertai di kalangan masyarakat kaum Cina, tetapi selepas itu ia berkembang dan turut disertai oleh kaum lain, terutama di kalangan orang Melayu. 

Senaman itu tidak menggunakan banyak tenaga, tetapi memberi kesan yang amat baik dari segi kesihatan jika diamalkan.  

Terdapat 13 pergerakan dilakukan melibatkan pergerakan tangan, tengkok, pinggang dan kaki. Untuk pergerakan tertentu ia turut menggunakan 'tali kain' untuk memberi kesan lebih baik.

Setiap sesi (melibatkan 13 pergerakan) mengambil masa kira-kira 15 minit dan pada setiap 'latihan' diadakan dua sesi.

Monday, 8 November 2021

CARA BETUL PEMBAJAAN NANAS

 
Tumbuhan nanas memerlukan pembajaan bagi keperluan nutrien yang mencukupi untuk tumbesaran.

Asas keperluan unsur nutrien tumbuhan adalah NPK iaitu:
N - Nitrogen (tumbesaran daun)
P - Phosphorus (tumbesaran akar)
K - Kalium (tumbesaran buah/bunga)

Manakala TE - Trace Element merupakan unsur surih/micronutrien yang ditambah ke atas baja seperti magnesium dan kalsium.

Pokok nanas secara lazimnya memerlukan empat kali pembajaan NPK iaitu sebelum penanaman dan semasa penjagaan/tumbesaran.

Jadual di gambar merupakan pembajaan taburan asas ke atas pokok nanas bagi tanah mineral. Terdapat sedikit perbezaan pembajaan di tanah gambut dan beris.

Pembajaan dihentikan sebulan sebelum aruhan pembungaan (hormon) dilaksanakan. Selepas empat kali pembajaan dan selepas aruhan pembungaan dilakukan, pokok nanas tidak memerlukan lagi pembajaan sehingga ia berbuah dan dituai.

Namun begitu, kini terdapat kaedah moden pembajaan pokok nanas iaitu pembajaan semburan (cecair) ke atas pokok nanas.

Baja semburan berfungsi untuk meningkatkan lagi kesuburan dan ketahanan pokok terhadap penyakit.


Monday, 1 November 2021

POKOK GELAM HASILKAN MINYAK KAYU PUTIH

 
Pokok gelam atau dikenali juga dengan nama pokok kayu putih atau nama saintifik Melaleuca cajuputi dari famili Myrtaceae merupakan pokok yang mengeluarkan sumber minyak perubatan dipanggil minyak cajuput atau minyak kayu putih.

Pokok gelam boleh didapati tumbuh meliar di kawasan terbiar dan berpaya di seluruh Semenanjung Malaysia. Pokok gelam juga tumbuh di hutan atau bukit berhampiran kawasan berpaya hasil penyebebaran biji benih.

Pokok gelam boleh mencapai ketinggian sehingga 15-20m dengan kanopi padat dan sempit. Daunnya menyerupai daun pokok Acacia. Daunnya mengeluarkan bau seakan pokok teh apabila dihancurkan.

Buah akan pecah untuk menyebarkan bijinya yang berwarna coklat. Bunga kecil berkrim kuning memanjang berbentuk berus botol menyebabkan ianya juga dikenali dengan nama bottle brush plant.

Pokok gelam dianggap sebagai pokok yang lasak kerana mampu menahan keadaan kemarau, angin yang kuat atau suhu panas yang melampau. Pokok gelam juga sesuai dijadikan tanaman landskap yang menarik di taman-taman.

Batang pokok gelam kurus dan kelihatan seperti berpintal disaluti kulit yang lembut tebal berwarna putih keperangan hingga kelabu dan boleh mengelupas dalam kepingan besar seperti helaian kertas yang sering disebut juga dengan nama pokok kulit kayu kertas.

Bagi penternak lebah madu, ia merupakan tumbuhan paling digemari pengusaha untuk memindahkan haif-haif lebah disebabkan tumbuhan ini berbunga sepanjang tahun dan boleh menghasilkan madu yang berkualiti.

Bunga pokok gelam sangat disukai oleh lebah kelulut. Bunganya yang tumbuh berjambak, berwarna putih krim mempunyai banyak nektar dan debunga. 

Sehubungan dengan itu, aktiviti penternakan lebah banyak diusahakan di kawasan hutan gelam.

Pemeliharaan kawasan hutan gelam perlu dilakukan bagi menjamin kawujudan pokok tersebut berkekalan. Banyak kawasan hutan gelam kini menjadi mangsa pembangunan.

Selain itu, kawasan hutan gelam turut menjadi mangsa kebakaran pada musim panas.


Friday, 22 October 2021

RUMPUT KEPALA LALAT HERBA KESIHATAN LELAKI

 
Rumput kepala lalat atau rumput mata lalat adalah herba yang baik untuk kesihatan dan tenaga lelaki mahupun wanita.

Rumput kepala lalat juga dikenali dengan nama rumput helikoptor. Dinamakan rumput helikopter kerana bahagian atas seperti bilah kipas helikopter.

Rumput kepala lalat tumbuh meliar di kebanyakan kawasan. Ia mudah ditemukan di kawasan tertentu, seperti halaman rumah, taman, tepi parit, kawasan berlumpur, padang atau tempat lapang yang terbiar. Ia tumbuh dalam bentuk serumpun. 

Disebabkan ia banyak tumbuh di sekeliling rumah, ia dianggap rumpai atau tumbuh-tumbuhan yang tidak berguna. Perlu dimesin atau diracun untuk menghapuskannya.  

Dalam konteks taburan populasi, tumbuhan ini ditemukan di Amerika Syarikat, Afrika, Madagaskar, India, China, Jepun, Malaysia, Singapura, Taiwan, Indonesia, Australia, dan kepulauan Pasifik. Tergolong dalam keluarga Cyperaceae,

Untuk kesihatan tenaga lelaki, ambil keseluruhan pokok dengan mencabutnya, termasuk bahagian akar. Basuh sehingga betul-betul bersih terutama bahagian akar yang ada tanah melekat. 

Kemudian kesemua bahagian pokok kepala lalat itu direbus sehingga airnya tinggal separuh atau telah bertukar menjadi perang seakan warna air teh dan bahagian yang direbus telah layu.

Banyak air yang diperlukan untuk merebus ialah ukuran tiga kali ganda jumlah bahan yang direbus. 

Tapis air rebusan itu dan sejukkan. Rasanya sedikit kelat dan 'selesa' diminum. Minum air rebusannya sebagai amalan harian.

Amalan minum air rebusan rumput kepala lalat juga untuk kekuatan fizikal dan mengelak dari terkena penyakit. Amat sesuai untuk mereka yang bekerja menggunakan banyak tenaga seperti buruh kasar. Juga sesuai untuk bantu masalah sistem penghadaman.

Untuk wanita pula ambil bahagian bunganya dan dimakan terus. Amalkan dua atau tiga kuntum bunga setiap hari. 

Gunakan sumber alam yang ada di sekeliling kita. Hanya perlukan sedikit usaha dan amalkan secara berterusakan untuk kesan yang baik. 

Friday, 15 October 2021

TAMAN REKREASI DAN ZOO KEMAMAN

Taman Rekreasi Dan Mini Zoo Kemaman (TZRK) ialah zoo pertama di Terengganu dan dibuka secara rasmi pada 11 Ogos 2009. Taman ini terletak di kawasan seluas 54 hektar, di Kampung Ibok, kira-kira 14 km dari Bandar Chukai di Kemaman, Terengganu.

Ia merupakan gabungan kawasan pameran spesies haiwan, Taman Rekreasi Air, Taman Tema, Taman Buah-buahan, Taman Herba, Taman Tumbuhan Tropikal, Taman Orkid, Taman Bonsai dan habitat semula jadi kunang-kunang terbesar di Terengganu.

Taman Rekreasi Dan Mini Zoo Kemaman ini merupakan daya tarikan pelancongan dan pemangkin pembangunan ekonomi terbhaaru di Terengganu.

Antara tarikan utama di Taman Rekreasi Dan Mini Zoo Kemaman ini ialah Taman Tema, Jambatan Gantung, Taman Orkid, Dusun Buah-Buahan, Menara Tinjau, Air Tejun, Akuarium, Taman Herba, menunggang Gajah, menaiki tren mengelilingi zoo dan melihat pelbagai spesies burung.

TRZK kini mempunyai 589 haiwan terdiri daripada 433 spesies burung, 84 spesies mamalia dan 72 spesies reptilia, amfibia serta ikan.

Kos pengurusan TRZK diguna wang kutipan tiket, selain menggunakan peruntukan daripada kerajaan negeri dan Majlis Perbandaran Kemaman (MPK).

TRZK terletak di lokasi strategik yang boleh disinggah melalui jalan raya iaitu Jalan Mak Chili – Ibok dan Jalan Kerteh – Ibok atau jalan air iaitu melalui Sungai Bukit Kuang – Sungai Yak Yah.

TRZK memainkan peranan penting sebagai pusat pemuliharaan hidupan liar, selain memperkasakan pengetahuan tentang flora dan fauna untuk pengunjung.


Monday, 11 October 2021

BERDOA HANYA KEPADA ALLAH

Doa dan tawakal hanya kepada Allah. Setiap muslim perlu sentiasa berdoa memohon pertolongan dan bantuan daripada Allah dalam apa jua keadaan dan masalah dihadapi.

Doa dalam bentuk permohonan agar diperkenankan sesuatu permintaan, sama ada mendapat kebaikan atau dijauhkan keburukan pada masa sekarang mahupun akan datang.  

Firman Allah SWT bermaksud: “Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Aku akan masuk neraka dalam keadaan hina.” (Surah al-Mukmin, ayat 60). 

Sudah menjadi fitrah manusia hidup dalam keadaan sering mengharapkan perlindungan dan pertolongan Yang Maha Kuasa, apalagi kedudukannya sebagai makhluk di hadapan Khaliqnya (PenciptaNya).

Kerana tabiat manusia itu adalah lemah dan tidak berdaya dari semua aspek. Kelemahan dan ketidak upayaan ini boleh diatasi jika manusia mendekat dan menyandarkan dirinya serta berlindung kepada Yang Maha Kuasa, kerana hakikat kekuatan itu secara lahir dan batinnya bersumber daripada Allah SWT.

Oleh yang demikian, manusia tidak boleh terpisah dari Tuhannya, maka manusia perlu mendekatkan diri kepadaNya dengan menyembah dan mengingatiNya di setiap waktu dan tempat. 

Sedangkan wasilah (cara) untuk mendekatkan diri tersebut adalah melalui perantaraan ‘doa’, sebab dengan berdoa membuktikan penghambaan kepada Allah SWT.

Orang yang selalu berdoa bererti dia mengetahui hakikat dirinya dan hakikat Penciptanya yang mesti disembah dan ditaati, seperti ungkapan seorang ulama salaf: “Siapa mengenal dirinya pasti dia mengenal Tuhannya.” 

Gambar: Riadah di Pantai Nusuk, Kampung Tanjung Kuala Sabak. Sekadar hiasan.

Thursday, 7 October 2021

KATA HIKMAH IMAM SYAFIE

 
Sejarah riwayat hidup Imam Syafie. Nama sebenar Imam Syafie ialah Muhammad Bin Idris Bin Abbas Bin Uthman bin Syafie Bin Saib Bin Abdu Yazid Bin Hasyim Bin Abdul Mutalib Bin Abdul Manaf.

Imam Syafie adalah berasal dari keturunan Arab Quraisy. Nasabnya berkait dengan Nabi Muhammad SAW. Beliau dilahirkan di Kota Gaza Palestin pada bulan Rejab 150 Hijrah.

Menyelusuri perjalanan hidup dan proses pembelajaran Imam Syafie amat menarik sekali. Ayah beliau meninggal sewaktu Imam Syafie masih kecil, ada riwayat yang mengatakan sewaktu beliau masih dalam kandungan ibunya lagi.

Sebelum melahirkan beliau, ibunya bermimpi melihat sebutir bintang keluar dari perutnya lalu naik ke langit. Lalu bintang itu pecah lalu jatuh bertaburan jatuh ke bumi.

Cahaya dari bintang pecah yang jatuh itu menerangi seluruh muka bumi. Ibunya terkejut bila mengetahui suaminya juga mengalami mimpi yang sama iaitu dia melihat ada sebutir bintang yang keluar dari perut isterinya.

Imam Syafie penentang amalan bidaah. Kata beliau, semua perkara yang diadakan menyalahi Quran dan sunnah atau ijmak ulama adalah bidaah yang keji dan sesat.

Manakala mana-mana perkara atau kebaikan yang tidak menyalahi sedikit pun dari kesemua itu adalah bidaah yang terpuji.

Imam Syafie berpegang kepada fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti juga tiga orang Imam Mazhab lain yang terkenal seperti Imam Hanafi, Imam Maliki dan Imam Ahmad Bin Hambal (mazhab Hambali). 

Fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah ini dicetuskan oleh ulama sebelum mereka iaitu Syeikh Abu Hasan Asyaari dan Syeikh Abu Mansur al-Maturidi.

Imam Syafie juga melarang taklid, baik taklid kepada dirinya sendiri ataupun kepada sesiapa saja. 

Beliau selalu berpesan: “Janganlah mereka-reka dalam perkara agama mengguna-pakai taklid sahaja kepada perkataan ataupun tindakan yang tidak disertai dengan keterangan ataupun alasan dari Quran dan hadis”.

Beliau juga berpesan: “Tiap-tiap perkara yang saya katakan padahal kata Rasulullah SAW bertentangan dengan perkataan saya, Rasulullah itulah lebih utama perlu dituruti”

Ketinggian ilmu Imam Syafie mendapat pujian dan pengiktirafan ulama lain. Imam Malik bekas gurunya pernah berkata: “Tidak ada lagi keturunan Quraisy yang lebih pandai daripada Imam Syafie”

Umat Islam di Malaysia dan negara-negara di Asia Tenggara majoritinya berpegang kepada Mazahab Syafie.  

Antara kata-kata menarik Imam Syafie:
- Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat. Ia juga amalan para Nabi, Rasul dan orang soleh.
- Marah adalah salah satu antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu hindari ia supaya kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.
- Hati adalah raja dalam diri. Oleh itu, lurus dan betulkan ia supaya empayar kerajaan dirimu tegak di atas al-haq yang tidak disertai oleh iringan-iringan pasukan kebatilan.
- Hak kepada diri, iaitu dengan mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
- Hak kepada malaikat maut, iaitu menqadakan segala kewajipan yang tertinggal iaitu dengan memohon maaf daripada orang yang dizalimi, membuat persiapan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah SWT.
- Hak kepada kubur iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, jangan suka kencing merata, memperbanyakkan solat tahjud dan membantu orang yang dizalimi.
- Hak kepada malaikat Mungkar dan Nakir, iaitu jangan berkata dusta, sering berkata benar, meninggalkan maksiat dan memberi nasihat.
- Hak kepada Mizan, iaitu menahan kemarahan, banyakkan berzikir, ikhlas dalam amalan dan sanggup menanggung kesulitan.
- Hak kepada titian sirat, iaitu buang tabiat suka mengumpat, warak, bantu orang beriman dan hidup dalam suasana berjamaah.
- Hak kepada malaikat Malik, iaitu menangis lantaran takutkan kepada Allah SWT, membanyakkan sedekah, membuat kebaikan kepada ibubapa dan memperbaiki akhlak.
- Hak kepada malaikat Ridwan iaitu reda kepada qada Allah SWT, sabar menerima bala dan bertaubat.
- Hak kepada Rasulullah SAW iaitu dengan sering bersalawat kepada baginda, berpegang kepada sunnahnya dan bersaing mencari kelebihan dalam beribadah.
- Hak kepada Allah SWT, iaitu mengajak manusia kepada kebaikan, mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran, bencikan kepada sebarang maksiat dan tidak melakukan kejahatan.
- Bila kamu tak tahan penatnya belajar, maka kamu akan menanggung perihnya kebodohan.
- Jangan cintai orang yang tidak mencintai Allah. Kalau Allah saja ia tinggalkan, apalagi kamu.
-Barangsiapa yang menginginkan Husnul Khatimah, hendaklah ia selalu bersangka baik dengan manusia.
- Doa di saat tahajjud adalah umpama panah yang tepat mengenai sasaran.
- Ilmu itu bukan yang dihafal tetapi yang memberi manfaat.
- Siapa yang menasihatimu secara sembunyi-sembunyi maka ia benar-benar menasihatimu. Siapa yang menasihatimu di khalayak ramai, dia sebenarnya menghinamu.
- Berapa banyak manusia yang masih hidup dalam kelalaian, sedangkan kain kafannya sedang ditenun.

Gambar pokok kelapa yang berusia lebih 70 tahun masih mengeluarkan hasil di Pulau Seratus. Sekadar hiasan. 

Sunday, 3 October 2021

POKOK AVOKADO SEMAKIN BANYAK DITANAM

 
Tanaman buah avocado (Persia americana) kurang popular di Malaysia disebabkan oleh nilai ekonomi dan potesinya dengan tanaman lain. Ia adalah sejenis tanaman buah-buahan dari luar negara iaitu dari keluarga Lauraceae yang buah masak sesuai dimakan sebagai 'fresh fruit' atau untuk diproses bagi pelbagai kegunaan seperti jus, salad dan sebagainya.

Avocado dipercayai berasal dari Puebla, di Mexico. Sejarah menanam dan makan buah avocado berlaku semenjak beribu-ribu tahun dulu oleh kaum Atzec di Dataran Andes yang ada mempunyai tamadunnya tersendiri.

Orang Malaysia memang kurang minat makan buah avocado. Namun, sejak kebelakangan ini, ia semakin diminati. Justeru, semakin banyak orang menanam pokok avokado.

Pokok avocado merupakan pokok saka yang tumbuh menegak dengan ketinggian sehingga 20 meter. Pokoknya bercabang dengan daun berwarna hijau gelap berukuran 12-25 cm panjang dan 'glossy' di bahagian atas permukaan daun.

Penanaman menggunakan biji benih atau keratan yang dipilih dari pokok induk yang dikenal pasti.

Jarak penanaman pokok avocado yang disyorkan ialah 6m x 6m atau lebih jauh bergantung kepada keadaan tanah dan kultivar.

Pokok avocado dari benih cantuman mula berbuah ketika usia 3 tahun. Namun, jika menggunakan benih biji, masa lebih lama diperlukan untuk berbuah.

Pokok avocado dewasa mampu menghasilkan sebanyak 1,200 biji buah sepokok setahun.

Buah avocado mempunyai bentuk 'pear' yang agak tirus di bahagian pangkal buah seakan bulat dan oval berukuran 7-33 cm panjang dan 15 cm garis pusat.

Kulit berwarna hijau kekuningan, hijau gelap, merah ungu atau ungu gelap dan agak kehitaman apabila cukup masak.

Walau pun tanaman avocado di Malaysia tidak begitu popular tetapi sejak zaman penjajah terdapat usaha membangunkan tanaman ini yang dimajukan di stesen-stesen Jabatan Pertanian.

Jabatan Pertanian telah mendaftarkan beberapa klon avokado semenjak tahun 1953 dan menyimpan sebahagian daripada pokok-pokok tersebut di beberapa pusat pertanian sekitar Malaysia.

Pendaftaran varieti avokado bermula dengan abjad A.

Monday, 27 September 2021

PROTOKOL MENGADAP SULTAN JOHOR

Protokol bagi rakyat apabila mengadap dan memberi hormat kepada Sultan Johor berbeza dengan negeri lain. 

Protokol menghadap Sultan Johor dipadankan dari Istana Inggeris dan Eropah. Perlakuan tersebut ialah berdiri tegak, rapatkan kaki dengan kedua tangan lurus ke bawah rapat dengan peha serta jari digenggam.

Badan dicondongkan sedikit ke hadapan. Kepada ditundukkan dari leher bukan dari pinggang.

Jika Tuanku Sultan menghulurkan tangan untuk bersalam, hulurkan kedua-dua tangan dan ucapkan Assalamualaikum Tuanku atau Ampun Tuanku sambil mencium tangan Tuanku Sultan. Hanya tundukkan kepala jika Tuanku Sultan berjalan dihadapan.

Perlakuan ini juga dilakukan semasa rombongan Diraja Johor menghadap Raja-raja Melayu yang lain. Manakala rombongan Diraja negeri lain turut dinasihatkan mengikut cara Johor jika menghadap Sultan Johor. 

Wednesday, 15 September 2021

KEBAIKAN WANITA BEKERJA DARI RUMAH

 
Berdasarkan kajian, wanita menyifatkan kebahagiaan hidup berkeluarga sebagai satu kejayaan di samping kerjaya stabil. Masa bersama keluarga, terutama anak menjadi keutamaan ibu. 

Justeru, ramai wanita mempertimbangkan peluang untuk bekerja di rumah dan pada masa sama dapat memainkan peranan sebagai ibu sepenuh masa. 

Sememangnya, inilah yang sentiasa bermain di minda wanita bekerja iaitu memiliki pendapatan sendiri, tetapi tidak perlu mengorbankan terlalu banyak masa untuk bersama anak dan keluarga.

Bagaimanapun, apakah konsep bekerja di rumah yang semakin popular sejak sedekad lalu ini cukup ideal untuk semua wanita?

Bekerja di rumah memang kedengarannya amat menarik dan mudah sekali. Maklum saja, anda adalah bos kepada diri sendiri!

Persoalannya, apakah semua wanita mampu melakukan dua tugas dalam satu masa?

Hakikatnya bekerja di rumah bukanlah satu tugas mudah. Bijak menguruskan masa adalah faktor utama apabila bekerja di rumah.

Anda juga perlu mempunyai disiplin tinggi dan tidak berkompromi dalam memisahkan waktu bekerja dengan menguruskan keluarga.

Begitu pun, tiada maknanya jika hanya diri anda saja berada di rumah, tetapi asyik sibuk bekerja hingga tiada masa untuk bersama anak, sedangkan matlamat sebenar untuk mempunyai masa bersama si kecil.

Apa yang penting, seseorang itu perlu memasuki bidang yang selari dengan minat dan kemahiran masing-masing. Kalau boleh berbincanglah dengan suami dan keluarga.

Sokongan mereka penting kerana corak kerja anda yang kini sudah berbeza dengan dulu. Anak juga perlu faham bila anda sedang membuat kerja dan bila anda berperanan sebagai ibu.

Anda perlu bersikap adil terhadap anak dengan membahagikan masa bekerja dengan lebih bijak.

Misalnya, anda boleh mula bekerja apabila anak sedang tidur atau pada awal pagi ketika anak ke sekolah. Pastikan apakah kepentingan waktu itu. Jika anak perlukan perhatian, utamakan daripada melakukan kerja lain.

Saudara terdekat juga perlu tahu bahawa anda kini sedang bekerja di rumah agar mereka tidak mengganggu waktu bekerja anda.

Bantuan pembantu rumah juga masih diperlukan, malah meringankan beban bagi mereka yang tidak mampu melakukan dua tugas dalam satu masa.

Sebagai strategi awal, mereka yang sedang bercadang untuk bekerja di rumah agar mula membina jaringan kerja sebelum berhenti kerja. Mengenali ramai orang adalah satu faktor penting sebagai strategi pemasaran.

Jangan tunggu sehingga berhenti kerja baharu hendak tercari-cari pelanggan. Hubungan baik dengan orang sekeliling mewujudkan peluang luas memasarkan barangan mahupun perkhidmatan yang anda tawarkan.

Pada masa inilah kena pandai gunakan peluang yang ada seperti menghadiri kursus keusahawanan dan kemahiran lain yang boleh dijadikan sumber pendapatan kemudian hari.

Monday, 6 September 2021

GEL ALOE VERA FOREVER LIDAH BUAYA

 
Aloe vera atau lebih dikenali sebagai pokok lidah buaya adalah antara tumbuhan semula jadi yang paling banyak khasiat kepada manusia sama ada untuk kegunaan luaran mahupun dalaman.

Jika dilihat pada struktur tumbuhan aloe vera itu sendiri, bahagian luar daunnya yang keras dan tebal secara semula jadi memerangkap dan menyimpan air yang kemudiannya berubah kepada bentuk jeli.

Jeli pada bahagian berkenaan mempunyai pelbagai khasiat untuk manusia yang mana kebaikannya terutama pada kulit. Keadaan itu dapat dilihat pada sifat semula jadi jeli yang bertindak membaluti dan melindungi bahagian daun yang terdedah selepas beberapa jam dikerat.

Bahagian dalam jeli yang terdedah itu akan terlindung daripada serangan bakteria. Sifat perlindungan semula jadi itu akan terhasil apabila jeli itu digunakan untuk memelihara kulit manusia.

Berdasarkan beberapa kajian, aloe vera adalah tumbuhan paling banyak khasiat yang digunakan untuk kesihatan dalaman dan luaran sejak lebih 5,000 tahun dahulu.

Antara komponen aktif yang terkandung dalam tumbuhan ini adalah air, pelbagai vitamin (A, C, E, B1, B2, B3, B6 dan B12) dan mineral (kalsium, magnesium, zink, kromium, selenium, sodium dan zat besi), enzim serta asid amino.

Komponen terbaik aloe vera ialah mempunyai sifat membersih dan anti-septik, bertindak dengan kuat terhadap bakteria, virus dan kulat.

Tumbuhan ini juga berupaya menghalang jangkitan kerana bersifat anti bakteria. Berfungsi memelihara kulit dan membaiki sel yang rosak dan penghasilan kolagen dan protein yang mengawal proses penuaan kulit dan kedutan.

Mengambil kebaikan khasiat pokok aloe vera maka lahirlah produk Forever Aloe Vera Gel.

Keistimewaan Forever Aloe Vera Gel
:
- Kesegarannya dikekalkan pada 99.875% dengan menggunakan teknologi penstabilan. 
- Teknologi pembuangan kulit menjadikan ia selamat diminum. 

Pengambilan aloe vera membantu tubuh dengan membuang apa yang tidak baik dan meningkatkan kualiti dalaman tubuh.

Kenapa perlu minum aloe vera?
- Jika anda sihat, minuman aloe vera akan meningkatkan kesihatan organ dalaman anda dan menjadikan anda lebih cergas, bertenaga dan sihat.
- Jika anda kurang sihat, ianya akan membantu perawatan organ dalaman tubuh anda

Pengambilan Forever Aloe Vera Gel bergantung kepada individu. Ada yang bermula dengan dos yang besar seperti setengah gelas mahupun secawan ataupun bermula dengan dos yang kecil seperti 20ml dua kali sehari atau mengambilnya dalam lingkungan 60ml dua kali sehari - waktu pagi sebelum bersarapan dan sebelum anda tidur.

Untuk kesan yang maksimun, elakkan dari makan apa-apa selama sejam selepas pengambilan aloe vera

Kanak-kanak untuk usia setahun ke atas - berikan 15ml dua kali sehari

Aloe Vera bukanlah sejenis "overnight cure" yang akan melakukan segala-galanya dalam tempoh yang singkat. Pun begitu setiap orang mempunyai tempoh masa yang berbeza untuk melihat kesannya.

Apa yang penting, segala amalan yang tidak sihat seperti merokok, makan makanan yang tinggi kolesterol dan seumpamanya haruslah dihentikan. Berikan ruang untuk tubuh anda mengalami pembaikan atau istilahnya adjustment.

Bolehkah pesakit kencing manis mengambil Aloe Vera Gel?
Dalam sesetengah pesakit kencing manis, didapati Aloe Vera meningkatkan jumlah insulin yang dihasilkan oleh badan.

Sesiapa yang mempunyai diabetes yang ingin mengambil aloe vera harus sedar tentang perkara ini dan harus berunding dengan doktor mereka untuk memastikan bahawa tahap insulin mereka adalah betul dan dipantau dengan teliti.

Terdapat ramai pesakit kencing manis kini minum gel atau jus aloe vera dan mendapati bahawa diabetes mereka "under control" di mana berat badan mereka adalah lebih stabil dan mereka lebih bertenaga.

Alahan dan masalah kulit? Jika takut untuk menghadapi alahan, ambil langkah "ujian pertama" - minum dos pertama anda dan lihat kesannya. Bagaimanapun setakat ini belum ada masalah dan menjadi penawar kepada pelbagai permasalahan kulit.

Bolehkah wanita mengandung mengambil Forever Aloe Vera Gel?

Sebagai peneraju pengeluar produk kesihatan berasaskan Aloe Vera di dunia ini, produk ini adalah tulen dan stabil serta telah dapat digunakan dengan selamat oleh wanita-wanita hamil.

Tempoh keberkesanan penggunaan Forever Aloe Vera Gel bergantung kepada penerimaan badan individu. 

Sebagai bahan semulajadi, ianya mengambil masa untuk perawatan tubuh dan bergantung kepada individu itu sendiri kerana tahap tindakbalas badan manusia adalah saling berbeza. 


ONE DROP PERFUME MINYAK WANGI PATI ASLI

 
One Drop Perfume adalah jenama minyak wangi telah lama terkenal di pasaran negara kita. tanpa alkohol yang paling diminati ramai. 

Kelebihan dan keistimewaan One Drop Perfume adalah:
- Tanpa alkohol
- Wangian yang tahan lama.
- Bau wangian segar
- Wangian lembut.
- Halal
- Bebas bahan haram
- Sesuai dijadikan set hantaran
- Boleh digunakan ketika bersembahyang
- Pek baharu yang lebih menarik.
- Setiap set mempunyai lapan botol minyak wangi yang istimewa. 
- Harga murah tetapi berkualiti.

- Hanya setitik, wangi sepanjang hari

- Diinspirasi dari wangian antarabangsa pati minyak wangi asli,

- Tanpa campuran air dan alkohol

- Botol kecil mudah dibawa ke mana-mana

KEHEBATAN KHASIAT LEMON PLUS

 
Ingin kurus secara sihat? Caranya mudah dan berkesan dengan mengamalkan produk Lemon Plus Jamu Jelita. Harga berbaloi dan mampu milik.
 
Kebaikan dan kebekesanan Lemon Plus Jamu Jelita membantu seseorang menjadi kurus diakui pengguna. Produk ini menggunakan ramuan atau bahan semulajadi yang terbaik dan berkesan. 
 
KANDUNGAN LEMON PLUS JAMU JELITA:
- Lemon
- Limau gedang
- Garcinia cambogia
- Teh hijau
- Cerepron-F
- Vitamin C 7.
- Inulin
- Sitrus
- Guarana
- Stevia
- Hithione

KEBAIKAN LEMON PLUS JAMU JELITA:
- Membantu membakar lemak dengan lebih cepat.
- Meningkatkan tenaga. 
- Membantu mengeluarkan lebihan cairan
- Membuang toksin dalam tubuh.
- Membantu meningkatkan kadar metabolisme.
- Membantu pencerahan kulit dengan adanya kandungan Cerepron-F.

CARA PENGAMBILAN:
- Bancuh 1 sachet Lemon Plus dengan 150ml air sejuk dan goncang sebati.
- Amalkan sehari 1 sachet selepas waktu makan tengah hari atau malam.
- Ada 20 sachet. 
 

KAIN PELEKAT PILIHAN MANGGA NUR AJUNG

 
Kain pelekat (biasa dieja pelikat) jenama Mangga Nur Ajung adalah jenama pelekat terkenal di negara kita. Ia adalah buatan Indonesia
 

Kain pelekat Mangga Nur Ajung mendapat sambutan kerana:
- Sangat selesa dipakai.
- Tidak panas.
- Cotton lembut.
- Tidak jarang. 
- Sesuai untuk kegunaan harian.
- Sesuai dijadikan hadiah atau buah tangan.
- Terdapat dalam kotak bungkusan yang kemas.
- Pelbagai warna dan motif yang menarik. 
 
Kami ada menjual kain pelekat Mangga Nur Ajung dan jenama lain secara dalam talian.Mudah, cepat dan murah. 
 
PELEKAT MANGGA NUR AJUNG