Nabi
Muhammad memberi panduan berguna bagaiman mencegah dan mengawal sesuatu
penyakit. Apa yang diamalkan Rasulullah diakui berkesan oleh pakar-pakar
kawalan penyakit dan perubatan moden hari ini.
Rasulullah
SAW memerintahkan agar sekiranya wabak penyakit menular di satu kawasan, maka
penduduknya dilarang keluar ke tempat lain bagi mengelak penyakit
itu tersebar ke kawasan lain.
Penduduk
dari tempat lain pula ditegah memasuki kawasan dilanda wabak bagi mengelak
terkena penyakit.
Sabda
Rasulullah SAW bermaksud: “Jika kamu dengar berita suatu wabak taun berlaku di
satu-satu tempat maka janganlah kamu memasuki tempat itu dan jika ia sudah
berlaku di tempat kamu maka janganlah kamu keluar daripadanya.” (Hadis riwayat
Bukhari).
Di
negara kita, apabila ada sesuatu wabak penyakit melanda sesuatu kawasan,
kerajaan akan mengeluarkan arahan supaya rakyat tidak berkunjung ke kawasan
itu. Penduduknya pula dinasihatkan agar tidak keluar dari kawasan itu.
Arahan
itu penting bagi mengelak wabak penyakit menular di tempat lain. Lebih banyak
orang menanggung akibatnya jika wabak merebak ke kawasan lain sehingga sukar
untuk dikawal.
Justeru,
sesiapa yang yang perlu terus kekal di sesuatu tempat dilanda wabak hendaklah
melakukan langkah berjaga-jaga supaya tidak terkena wabak penyakit itu, di
samping bersabar dan bertawakal menghadapi musibah. Sesungguhnya Allah tidak
akan mempersia-siakan pahala orang yang sabar dan
bertawakal.
Hal
ini dijelasan Rasulullah SAW dalam sabda yang bermaksud: “Seseorang hamba (muslim)
yang berada dalam satu-satu negeri yang terkena wabak taun maka hendaklah dia
tetap diam di dalamnya, jangan sekali dia lari keluar daripadanya. Hendaklah
dia bersabar dan mengharapkan ganjaran Tuhan dan di dalam hatinya dia
berkeyakinan bahawa dia tidak akan terkena sesuatu kecuali apa yang telah
ditentukan Allah untuknya. Baginya pahala sebagaimana pahala orang yang mati
syahid.” (Hadis riwayat Bukhari).
Wabak
penyakit adalah satu ujian terhadap manusia. Kejadian itu memberi peringatan dan
menguji sejauh mana penerimaan terhadap apa yang berlaku terhadap diri dan
masyarakat.
Orang
beriman menganggap wabak penyakit mempunyai hikmah disebaliknya. Semakin banyak
ujian dihadapi memberi peringatan supaya lebih menghampirkan diri kepada Allah
SWT.
Oleh
itu amat wajar melahirkan rasa bersyukur dapat meneruskan kehidupan biarpun
berdepan dengan pelbagai wabak penyakit silih berganti.
Sikap
manusia mudah lupa apabila mendapat nikmat, termasuklah nikmat kesihatan.
Anugerah kesihatan baik yang dinikmati dirasakan sekadar satu perkara biasa.
Sebaliknya, apabila ditimpa musibah penyakit, baru seseorang akan merasakan
betapa besarnya anugerah kesihatan.
Untuk
menghindar sesuatu penyakit perlulah mengikut kaedah yang berkaitan dengannya.
Sebagai contohnya untuk mengelak daripada penyakit deman denggi hendaklah
menghalang diri daripada digigit nyamuk aedes.
Nyamuk
aedes membiak di dalam takungan air yang bersih. Justeru, langkah pencegahan
yang utama ialah menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes. Jika nyamuk aedes
tidak ada, maka tidaklah penyakit deman denggi merebak.
Tindakan
menghapuskan tempat pembiakan aedes sebenarnya berkait rapat dengan menjaga
kebersihan alam sekitar. Rasulullah SAW sentiasa menekankan soal menjaga
kebersihan yang menjadi sebahagian daripada cabang iman.
Gambar: Jaga kebersihan salah satu cara mengelak wabak penyakit.
No comments:
Post a Comment