Monday 27 September 2021

PROTOKOL MENGADAP SULTAN JOHOR

Protokol bagi rakyat apabila mengadap dan memberi hormat kepada Sultan Johor berbeza dengan negeri lain. 

Protokol menghadap Sultan Johor dipadankan dari Istana Inggeris dan Eropah. Perlakuan tersebut ialah berdiri tegak, rapatkan kaki dengan kedua tangan lurus ke bawah rapat dengan peha serta jari digenggam.

Badan dicondongkan sedikit ke hadapan. Kepada ditundukkan dari leher bukan dari pinggang.

Jika Tuanku Sultan menghulurkan tangan untuk bersalam, hulurkan kedua-dua tangan dan ucapkan Assalamualaikum Tuanku atau Ampun Tuanku sambil mencium tangan Tuanku Sultan. Hanya tundukkan kepala jika Tuanku Sultan berjalan dihadapan.

Perlakuan ini juga dilakukan semasa rombongan Diraja Johor menghadap Raja-raja Melayu yang lain. Manakala rombongan Diraja negeri lain turut dinasihatkan mengikut cara Johor jika menghadap Sultan Johor. 

No comments:

Post a Comment