
Tanaman buah avocado (Persia americana) kurang popular di Malaysia disebabkan oleh nilai ekonomi dan potesinya dengan tanaman lain. Ia adalah sejenis tanaman buah-buahan dari luar negara iaitu dari keluarga Lauraceae yang buah masak sesuai dimakan sebagai 'fresh fruit' atau untuk diproses bagi pelbagai kegunaan seperti jus, salad dan sebagainya.
Avocado
dipercayai berasal dari Puebla, di Mexico. Sejarah menanam dan makan buah
avocado berlaku semenjak beribu-ribu tahun dulu oleh kaum Atzec di Dataran
Andes yang ada mempunyai tamadunnya tersendiri.
Orang
Malaysia memang kurang minat makan buah avocado. Namun, sejak kebelakangan ini,
ia semakin diminati. Justeru, semakin banyak orang menanam pokok avokado.
Pokok
avocado merupakan pokok saka yang tumbuh menegak dengan ketinggian sehingga 20
meter. Pokoknya bercabang dengan daun berwarna hijau gelap berukuran 12-25 cm
panjang dan 'glossy' di bahagian atas permukaan daun.
Penanaman
menggunakan biji benih atau keratan yang dipilih dari pokok induk yang
dikenal pasti.
Jarak
penanaman pokok avocado yang disyorkan ialah 6m x 6m atau lebih jauh bergantung
kepada keadaan tanah dan kultivar.
Pokok
avocado dari benih cantuman mula berbuah ketika usia 3 tahun. Namun, jika
menggunakan benih biji, masa lebih lama diperlukan untuk berbuah.
Pokok
avocado dewasa mampu menghasilkan sebanyak 1,200 biji buah sepokok setahun.
Buah
avocado mempunyai bentuk 'pear' yang agak tirus di bahagian pangkal buah seakan
bulat dan oval berukuran 7-33 cm panjang dan 15 cm garis pusat.
Kulit
berwarna hijau kekuningan, hijau gelap, merah ungu atau ungu gelap dan agak
kehitaman apabila cukup masak.
Walau
pun tanaman avocado di Malaysia tidak begitu popular tetapi sejak zaman penjajah
terdapat usaha membangunkan tanaman ini yang dimajukan di stesen-stesen Jabatan
Pertanian.
Jabatan
Pertanian telah mendaftarkan beberapa klon avokado semenjak tahun 1953 dan
menyimpan sebahagian daripada pokok-pokok tersebut di beberapa pusat pertanian
sekitar Malaysia.
Pendaftaran
varieti avokado bermula dengan abjad A.
No comments:
Post a Comment