Sejarah
riwayat hidup Imam Syafie. Nama sebenar Imam Syafie ialah Muhammad Bin Idris
Bin Abbas Bin Uthman bin Syafie Bin Saib Bin Abdu Yazid Bin Hasyim Bin Abdul
Mutalib Bin Abdul Manaf.
Imam Syafie adalah berasal dari keturunan Arab Quraisy. Nasabnya berkait dengan
Nabi Muhammad SAW. Beliau dilahirkan di Kota Gaza Palestin pada bulan Rejab 150
Hijrah.
Menyelusuri
perjalanan hidup dan proses pembelajaran Imam Syafie amat menarik sekali. Ayah
beliau meninggal sewaktu Imam Syafie masih kecil, ada riwayat yang mengatakan
sewaktu beliau masih dalam kandungan ibunya lagi.
Sebelum melahirkan beliau, ibunya bermimpi melihat sebutir bintang keluar dari
perutnya lalu naik ke langit. Lalu bintang itu pecah lalu jatuh bertaburan
jatuh ke bumi.
Cahaya dari bintang pecah yang jatuh itu menerangi seluruh muka bumi. Ibunya
terkejut bila mengetahui suaminya juga mengalami mimpi yang sama iaitu dia
melihat ada sebutir bintang yang keluar dari perut isterinya.
Imam Syafie penentang amalan bidaah. Kata beliau, semua perkara yang diadakan
menyalahi Quran dan sunnah atau ijmak ulama adalah bidaah yang keji dan sesat.
Manakala mana-mana perkara atau kebaikan yang tidak menyalahi sedikit pun dari
kesemua itu adalah bidaah yang terpuji.
Imam
Syafie berpegang kepada fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti juga tiga orang
Imam Mazhab lain yang terkenal seperti Imam Hanafi, Imam Maliki dan Imam Ahmad
Bin Hambal (mazhab Hambali).
Fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah ini dicetuskan oleh ulama sebelum mereka iaitu
Syeikh Abu Hasan Asyaari dan Syeikh Abu Mansur al-Maturidi.
Imam Syafie juga melarang taklid, baik taklid kepada dirinya sendiri ataupun
kepada sesiapa saja.
Beliau selalu berpesan: “Janganlah mereka-reka dalam perkara agama
mengguna-pakai taklid sahaja kepada perkataan ataupun tindakan yang tidak
disertai dengan keterangan ataupun alasan dari Quran dan hadis”.
Beliau juga berpesan: “Tiap-tiap perkara yang saya katakan padahal kata
Rasulullah SAW bertentangan dengan perkataan saya, Rasulullah itulah lebih
utama perlu dituruti”
Ketinggian ilmu Imam Syafie mendapat pujian dan pengiktirafan ulama lain. Imam
Malik bekas gurunya pernah berkata: “Tidak ada lagi keturunan Quraisy yang
lebih pandai daripada Imam Syafie”
Umat Islam di Malaysia dan negara-negara di Asia Tenggara majoritinya berpegang
kepada Mazahab Syafie.
Antara
kata-kata menarik Imam Syafie:
- Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu
cemerlang di dunia dan akhirat. Ia juga amalan para Nabi, Rasul dan orang
soleh.
- Marah adalah salah satu antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun.
Oleh itu hindari ia supaya kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.
- Hati adalah raja dalam diri. Oleh itu, lurus dan betulkan ia supaya empayar
kerajaan dirimu tegak di atas al-haq yang tidak disertai oleh iringan-iringan
pasukan kebatilan.
- Hak kepada diri, iaitu dengan mengurangkan tidur, mengurangkan makan,
mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
- Hak kepada malaikat maut, iaitu menqadakan segala kewajipan yang tertinggal
iaitu dengan memohon maaf daripada orang yang dizalimi, membuat persiapan untuk
mati dan merasa cinta kepada Allah SWT.
- Hak kepada kubur iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, jangan suka
kencing merata, memperbanyakkan solat tahjud dan membantu orang yang dizalimi.
- Hak kepada malaikat Mungkar dan Nakir, iaitu jangan berkata dusta, sering
berkata benar, meninggalkan maksiat dan memberi nasihat.
- Hak kepada Mizan, iaitu menahan kemarahan, banyakkan berzikir, ikhlas dalam
amalan dan sanggup menanggung kesulitan.
- Hak kepada titian sirat, iaitu buang tabiat suka mengumpat, warak, bantu
orang beriman dan hidup dalam suasana berjamaah.
- Hak kepada malaikat Malik, iaitu menangis lantaran takutkan kepada Allah SWT,
membanyakkan sedekah, membuat kebaikan kepada ibubapa dan memperbaiki akhlak.
- Hak kepada malaikat Ridwan iaitu reda kepada qada Allah SWT, sabar menerima
bala dan bertaubat.
- Hak kepada Rasulullah SAW iaitu dengan sering bersalawat kepada baginda,
berpegang kepada sunnahnya dan bersaing mencari kelebihan dalam beribadah.
- Hak kepada Allah SWT, iaitu mengajak manusia kepada kebaikan, mencegah
manusia daripada melakukan kemungkaran, bencikan kepada sebarang maksiat dan
tidak melakukan kejahatan.
-
Bila kamu tak tahan penatnya belajar, maka kamu akan menanggung perihnya
kebodohan.
-
Jangan cintai orang yang tidak mencintai Allah. Kalau Allah saja ia tinggalkan,
apalagi kamu.
-Barangsiapa
yang menginginkan Husnul Khatimah, hendaklah ia selalu bersangka baik dengan
manusia.
-
Doa di saat tahajjud adalah umpama panah yang tepat mengenai sasaran.
-
Ilmu itu bukan yang dihafal tetapi yang memberi manfaat.
-
Siapa yang menasihatimu secara sembunyi-sembunyi maka ia benar-benar
menasihatimu. Siapa yang menasihatimu di khalayak ramai, dia sebenarnya
menghinamu.
-
Berapa banyak manusia yang masih hidup dalam kelalaian, sedangkan kain kafannya
sedang ditenun.
Gambar pokok kelapa yang berusia lebih 70 tahun masih mengeluarkan hasil di Pulau Seratus. Sekadar hiasan.
No comments:
Post a Comment