Friday 15 October 2021

TAMAN REKREASI DAN ZOO KEMAMAN

Taman Rekreasi Dan Mini Zoo Kemaman (TZRK) ialah zoo pertama di Terengganu dan dibuka secara rasmi pada 11 Ogos 2009. Taman ini terletak di kawasan seluas 54 hektar, di Kampung Ibok, kira-kira 14 km dari Bandar Chukai di Kemaman, Terengganu.

Ia merupakan gabungan kawasan pameran spesies haiwan, Taman Rekreasi Air, Taman Tema, Taman Buah-buahan, Taman Herba, Taman Tumbuhan Tropikal, Taman Orkid, Taman Bonsai dan habitat semula jadi kunang-kunang terbesar di Terengganu.

Taman Rekreasi Dan Mini Zoo Kemaman ini merupakan daya tarikan pelancongan dan pemangkin pembangunan ekonomi terbhaaru di Terengganu.

Antara tarikan utama di Taman Rekreasi Dan Mini Zoo Kemaman ini ialah Taman Tema, Jambatan Gantung, Taman Orkid, Dusun Buah-Buahan, Menara Tinjau, Air Tejun, Akuarium, Taman Herba, menunggang Gajah, menaiki tren mengelilingi zoo dan melihat pelbagai spesies burung.

TRZK kini mempunyai 589 haiwan terdiri daripada 433 spesies burung, 84 spesies mamalia dan 72 spesies reptilia, amfibia serta ikan.

Kos pengurusan TRZK diguna wang kutipan tiket, selain menggunakan peruntukan daripada kerajaan negeri dan Majlis Perbandaran Kemaman (MPK).

TRZK terletak di lokasi strategik yang boleh disinggah melalui jalan raya iaitu Jalan Mak Chili – Ibok dan Jalan Kerteh – Ibok atau jalan air iaitu melalui Sungai Bukit Kuang – Sungai Yak Yah.

TRZK memainkan peranan penting sebagai pusat pemuliharaan hidupan liar, selain memperkasakan pengetahuan tentang flora dan fauna untuk pengunjung.


No comments:

Post a Comment