Rumput
kepala lalat atau rumput mata lalat adalah herba yang baik untuk kesihatan dan
tenaga lelaki mahupun wanita.
Rumput
kepala lalat juga dikenali dengan nama rumput helikoptor. Dinamakan rumput
helikopter kerana bahagian atas seperti bilah kipas helikopter.
Rumput
kepala lalat tumbuh meliar di kebanyakan kawasan. Ia mudah ditemukan di kawasan
tertentu, seperti halaman rumah, taman, tepi parit, kawasan berlumpur, padang
atau tempat lapang yang terbiar. Ia tumbuh dalam bentuk serumpun.
Disebabkan
ia banyak tumbuh di sekeliling rumah, ia dianggap rumpai atau tumbuh-tumbuhan
yang tidak berguna. Perlu dimesin atau diracun untuk menghapuskannya.
Dalam konteks taburan populasi, tumbuhan ini ditemukan di Amerika Syarikat,
Afrika, Madagaskar, India, China, Jepun, Malaysia, Singapura, Taiwan,
Indonesia, Australia, dan kepulauan Pasifik. Tergolong dalam keluarga
Cyperaceae,
Untuk
kesihatan tenaga lelaki, ambil keseluruhan pokok dengan mencabutnya, termasuk
bahagian akar. Basuh sehingga betul-betul bersih terutama bahagian akar yang
ada tanah melekat.
Kemudian kesemua bahagian pokok kepala lalat itu direbus sehingga airnya
tinggal separuh atau telah bertukar menjadi perang seakan warna air teh dan
bahagian yang direbus telah layu.
Banyak
air yang diperlukan untuk merebus ialah ukuran tiga kali ganda jumlah bahan
yang direbus.
Tapis air rebusan itu dan sejukkan. Rasanya sedikit kelat dan 'selesa' diminum.
Minum air rebusannya sebagai amalan harian.
Amalan
minum air rebusan rumput kepala lalat juga untuk kekuatan fizikal dan mengelak
dari terkena penyakit. Amat sesuai untuk mereka yang bekerja menggunakan banyak
tenaga seperti buruh kasar. Juga sesuai untuk bantu masalah sistem penghadaman.
Untuk
wanita pula ambil bahagian bunganya dan dimakan terus. Amalkan dua atau tiga
kuntum bunga setiap hari.
Gunakan sumber alam yang ada di sekeliling kita. Hanya perlukan sedikit usaha
dan amalkan secara berterusakan untuk kesan yang baik.
No comments:
Post a Comment