Rakyat
Malaysia yang berbilang kaum mengamalkan hidup yang harmoni dan sanggup
berkompromi dalam segenap aspek kehidupan, selagi ia tidak bertentangan dengan kehendak
agama dan norma kehidupan masyarakat Timur.
Antara
aktiviti riadah yang mendapat sambutan ialah Lymph Node Detox Exercise yang
dianjurkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO ) mendapat sambutan semua kaum.
Aktiviti
yang diadakan mendapat sambutan dari semua kaum dan pelbagai lapisan masyarakat.
Lymph
Node Detox Exercise adalah satu bentuk senaman yang berasal dari Taiwan. Ketika
mula diperkenalkan, ia hanya disertai di kalangan masyarakat kaum Cina, tetapi
selepas itu ia berkembang dan turut disertai oleh kaum lain, terutama di
kalangan orang Melayu.
Senaman
itu tidak menggunakan banyak tenaga, tetapi memberi kesan yang amat baik dari
segi kesihatan jika diamalkan.
Terdapat
13 pergerakan dilakukan melibatkan pergerakan tangan, tengkok, pinggang dan
kaki. Untuk pergerakan tertentu ia turut menggunakan 'tali kain' untuk memberi
kesan lebih baik.
Setiap
sesi (melibatkan 13 pergerakan) mengambil masa kira-kira 15 minit dan pada
setiap 'latihan' diadakan dua sesi.
No comments:
Post a Comment