Keropok batang
sejenis makanan terkenal
di Kelantan. Dinamakan keropok batang disebabkan dibentuk seperti batang. Keropok
batang sebenar hampir sama dengan keropok lekor. Cara membuatnya sama, kecuali dari
segi kandungan bahan dan ukuran keropok yang telah disiap.
Keropok batang dan keropok lekor diperbuat
daripada isi ikan laut dan campuran sagu dan sedikit gram. Terdapat juga keropok
batang yang dicampurkan dengan tepung kanji. Keseluruhan ramuan tersebut akan
diuli dan digentel panjang bertali, sebelum direbus di dalam air panas.
Perbezaan keropok batang berbanding keropok
lekor ialah dari segi kandungan ikan yang kurang. Kandungan keropok lekor mengandungi
lebih banyak ikan berbanding keropok batang. Keropok batang dibentuk lebih besar
berbanding keropok lekor.
Disebabkan kandungan ikan yang banyak,
keropok lekor sesuai dimakan tanpa digoreng. Namun, keropok batang 'mesti' digoreng
sebelum boleh dimakan.
Memandangkan kandungan ikan yang tinggi,
harga keropok lekor lebih mahal berbanding keropok batang. Rasa keropok lekor lebih
lembut berbanding keropok batang.
No comments:
Post a Comment