Friday, 6 December 2024

AGIH KIT MAKANAN TAJAAN MARRY BROWN

 
Kepercayaan pihak swasta kepada Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Negeri Kelantan untuk mengagihkan bantuan kepada mangsa banjir amat dihargai. BSMM Negeri Kelantan sebagai organisasi berpengalaman dalam urusan membantu mangsa bencana sering diamanahkan sumbangan oleh pihak swasta untuk diserahkan kepada mangsa.
 
Pihak yang telah beberapa kali mengadakan kerjasama dengan BSMM Negeri Kelantan ialah Marry Brown Malaysia. Kali ini Marry Brown menyediakan 200 kit makanan yang mengandungi pelbagai keperluan harian untuk diserahkan kepada mangsa banjir.
 
Agihan kepada mangsa banjir telah dilakukan di Kampung Tasek, Rantau Panjang yang terkesan teruk akibat banjir gelombong pertama tahun 2024 sejak 27 Disember.
 
Program agihan tersebut telah diketuai sendiri Timbalan Pengerusi BSMM Negeri Kelantan, Mohd Rozi Mohd Noor yang turut disertai beberapa orang wakil dari Marry Brown. 






No comments:

Post a Comment