Kekuatan dan kebijaksaan umat Islam menangkis isu negatif ditimbulkan
Barat bukan saja menggagalkan niat buruk mereka, bahkan memberi kefahaman lebih
mendalam di kalangan orang Islam sendiri berkaitan sesuatu perkara.
Umat Islam tidak terikut-ikut dengan
gaya hidup dan pemikiran bukan Islam yang tersasar dari tuntutan agama. Ajaran
Islam berpaksikan kepada apa yang diperintahkan Allah kerana kita adalah
hamba-Nya.
Isu mengenai pakaian wanita sering diperdebatkan.
Di Barat, pakaian wanita Islam sentiasa dijadikan cemuhan yang dikaitkan dengan
nasib wanita Islam yang kononnya dikongkong dan terpaksa tunduk kepada kehendak
lelaki.
Walaupun
kita diberikan kebebasan dalam memperagakan sesuatu fesyen, tidak bermakna kita
boleh memakai apa saja pakaian tanpa perlu menghiraukan adab dan tata susila.
Islam telah menggariskan beberapa panduan bagi seseorang Muslim mahupun
Muslimah dalam berpakaian.
Bahkan ada pihak mengaitkan menutup
aurat dan kepala di kalangan wanita sebagai menutup akal. Malah, wanita Islam
dilarang memakai pakaian menutup aurat ketika menghadiri sesuatu aktiviti atau
kawasan.
Serangan pemikiran Barat terhadap
Islam dan umatnya bukan perkara baru. Ia telah berlaku sejak berdekad lalu
apabila banyak wanita Islam dari negara-negara Arab, benua Afrika dan Asia
Selatan berhijrah ke dunia Barat.
Nyata sekali, wanita Islam tidak
mudah terpengaruh untuk berubah mengikut cara berpakaian wanita Barat hanya
disebabkan provokasi masyarakat Barat itu.
Identiti wanita Islam di Barat masih
lagi berpegang teguh kepada tuntutan agama biarpun dicaci dan dihina. Ini selari dengan
peringatan Rasulullah agar tidak mudah meniru cara hidup penganut agama lain.
Nabi
SAW bersabda: “Sesiapa yang terikut-ikut dengan gaya hidup sesuatu kaum maka
dia termasuk dalam golongan itu.” (Diriwayatkan Abu Daud dan Tirmizi)
Sesungguhnya, berpakaian dalam Islam
bukan sekadar satu fesyen atau memenuhi keperluan naluri manusia. Sebaliknya,
berpakaian adalah sebahagian daripada ibadat jika apa dilakukan itu dengan
ikhlas semata-mata kerana Allah.
Manakala sesiapa yang ingkar mengikut perintah pula dikira melakukan
dosa.
Justeru, cara berpakaian bukan saja
memenuhi aspek kecantikan dan mengikut adat budaya semata-mata. Perkara pokok
yang perlu diambil kira dalam soal berpakaian ialah menutup aurat.
Oleh sebab
itu, apa-apa takrifan mengenainya perlu bersandarkan kepada al-Quran dan
sunnah, bukan pandangan berdasarkan akal semata-mata.
No comments:
Post a Comment