Amalan onani terjadi kerana nafsu syahwat yang berlaku secara langsung dan tidak langsung memberi rangsangan kepada individu itu untuk melakukan sesuatu semata-mata ingin merasai nikmat keseronokan, kelegaan, ketenangan dan kepuasan syahwat.
Berkaitan
hukum onani, ada dua sudut yang perlu menjadi pertimbangan iaitu dari segi
kesihatan dan syarak.
Dari
segi kesihatan, perkara itu diketahui oleh pakarnya iaitu doktor. Jika mereka mengatakan
onani dalam kadar tertentu mengganggu kesihatan, maka dalam kadar itu onani
hukumnya haram.
Banyak
yang tidak menilai onani mengganggu kesihatan jika dilakukan sekali sekala
saja, tetapi ia boleh mengganggu kesihatan jasmani dan rohani jika selalu
melakukannya.
Dari
segi hukum syariat, ada yang mengemukakan riwayat menyatakan: “Terkutuk siapa
yang menikahi tapak tangannya.” Ini dimaksudkan dengan onani. Akan tetapi
riwayat ini daif (lemah).
Meskipun
demikian, ada ulama menilai onani adalah haram. Ini berdasarkan firman Allah
SWT dalam surah al-Mukminun ayat 5-7, Allah SWT ada menyebut ada dua bentuk
penyaluran nafsu yang dibenarkan iaitu melalui isteri dan hamba sahaya. Berdosa
seseorang yang mencari penyaluran selain daripada itu.
Allah
SWT berfirman: “Dan orang yang memelihara kemaluannya, kecuali terhadap isteri
mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka tidak
tercela. Tetapi sesiapa yang mencari di sebalik itu (zina dan sebagainya), maka
mereka itulah orang yang melampaui batas.”
Ulama
bermazhab Hanafi menilai onani pada dasarnya suatu yang terlarang, namun ia
dibenarkan apabila memenuhi tiga syarat. Pertama, disebabkan tidak mampu
berkahwin. Kedua, bimbang terjerumus dalam perzinaan. Dan ketiga, tujuannya bukan
sekadar memperoleh kelazatan.
Agaknya
inilah pandangan yang lebih tepat, asalkan perkara itu tidak selalu dilakukan
dan tidak mengakibatkan terganggu kesihatan. Akan tetapi, sekiranya
mengakibatkan gangguan atau terjejasnya pelajaran dan pekerjaan, maka kesan
negatif ini menjadikan hukum onani adalah haram.
Sebahagian
yang lain meletakkan syarat bahawa yang melakukannya hendaklah mereka yang
tidak mampu menyalurkan nafsu seksnya dengan cara yang disuruh oleh agama
seperti berpuasa dan bersukan.
Kebanyakan individu yang melakukan onani adalah mereka yang
suka keseorangan dan suka berkhayal. Mereka akan memikirkan perkara-perkara
yang boleh menimbulkan rangsangan kepada nafsu syahwat.
Apabila senario ini berjaya merangsang nafsu, mereka akan
mula menyentuh bahagian tubuh badan yang dapat merangsangkan syahwat, bagi
menikmati kemuncak syahwat.
Mereka akan rasa puas dan mendapat kelegaan dan jika itu sudah mencukupi mereka akan tidur atau melakukan perkara biasa.
Mereka akan rasa puas dan mendapat kelegaan dan jika itu sudah mencukupi mereka akan tidur atau melakukan perkara biasa.
Jika nikmat kemuncak tersebut tidak mencukupi mereka akan
melakukan sehingga mendapat kepuasan batinnya. Mereka yang melakukan onani
adalah untuk keseronokan kendiri sahaja.
Malah, rata-rata tidak terfikir bahawa perbuatan mereka boleh menjejaskan kesihatan jika amalan tersebut di luar kawalan.
Malah, rata-rata tidak terfikir bahawa perbuatan mereka boleh menjejaskan kesihatan jika amalan tersebut di luar kawalan.
Mereka yang suka melakukan onani tidak semestinya mereka yang
suka membaca atau menonton cerita-cerita yang boleh mengundang kepada
rangsangan syahwat. Khayalan perangsang utama mencetuskan kehendak untuk
beronani.
Satu kajian rambang yang dijalankan di kalangan remaja
tentang amalan onani mendapati lelaki melebihi kaum perempuan di mana sebanyak
70 peratus lelaki berbanding 40 peratus perempuan. Amalan ini biasanya
ditinggalkan apabila mereka mempunyai aktiviti sosial yang stabil.
Didapati amalan melakukan onani tidak mengenal bangsa ataupun
agama. Mereka yang melakukan onani adalah orang yang mempunyai fantasi seks
yang keterlaluan sehingga mereka tidak dapat mengawal diri dan tewas dengan
godaan fantasi tersebut.
Jika mereka dapat mengawal emosi dan perasaan, sudah pasti
mereka tidak akan melakukan onani walaupun mereka terdedah dengan perkara yang
merangsangkan syahwat.
Remaja prabaligh adalah golongan orang yang paling banyak
melakukan onani jika dibandingkan dengan golongan dewasa.
Orang dewasa mempunyai fikiran yang matang dan dapat mengenal dirinya sendiri berbanding remaja yang masih dengan pemikiran yang kurang matang dan bertindak mengikut perasaan.
Orang dewasa mempunyai fikiran yang matang dan dapat mengenal dirinya sendiri berbanding remaja yang masih dengan pemikiran yang kurang matang dan bertindak mengikut perasaan.
Kesan jangka masa panjang untuk seseorang yang melakukan
onani akan menyebabkan mereka menjadikan onani sebagai satu tabiat yang biasa
untuk dilakukan jika keinginan naluri mereka berada pada tahap yang tidak dapat
dikawal lagi.
Mereka akan ketagih melakukan tabiat tersebut jika mereka
inginkan keseronokan tetapi pada mereka yang merasakan onani satu tabiat yang
buruk, mereka mestilah cepat bertindak supaya keseronokan kendiri dapat dikawal
dengan baik.
Dari segi kesihatan pula, amalan onani boleh menekan
kesihatan bagi mereka yang melakukannya. Ini tertakluk kepada amalan dan cara
gaya onani yang dilakukannya.
Ada sesetengah mereka mengalami kecederaan alat kelamin sehingga luka berdarah, dengan batang zakar terasa sakit yang berpanjangan dan boleh juga menyebabkan kerosakan pada urat saraf zakar.
Ada sesetengah mereka mengalami kecederaan alat kelamin sehingga luka berdarah, dengan batang zakar terasa sakit yang berpanjangan dan boleh juga menyebabkan kerosakan pada urat saraf zakar.
Apa yang pasti kesan jangka masa panjang adalah menyebabkan
seseorang itu mati pucuk jika mereka gemar beronani secara berterusan dengan
cara yang ganas itu.
Melakukan onani berpanjangan akan menyebabkan seseorang itu tidak akan mencapai keseronokan dan kepuasan apabila melakukan hubungan seks dengan pasangan, setelah berkahwin.
Melakukan onani berpanjangan akan menyebabkan seseorang itu tidak akan mencapai keseronokan dan kepuasan apabila melakukan hubungan seks dengan pasangan, setelah berkahwin.
Hakikatnya, banyak kesan sampingan yang dikaitkan dengan
amalan onani seperti lemah tenaga batin dan kerosakan kemaluan seperti urat
bersimpul, kemandulan dan masalah zuriat terencat.
Kesemua ini tidak ada kaitan dengan masalah yang biasa
berlaku akibat amalan beronani selain daripada perkara yang telah dijelaskan
awal tadi. Bagaimanapun, ada waktunya onani boleh dilakukan, iaitu jika
perbuatan itu boleh menghalang lelaki terbabit daripada berzina.
Mereka yang menghadapi masalah ini dinasihatkan supaya,
meningkatkan daya kawalan diri atau jati diri. Ini boleh dilakukan dengan
mengelakkan diri daripada berseorangan atau membaca buku yang mengghairahkan,
menonton gambar yang merangsangkan, melayari laman web lucah dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment