PROSES MENDAPATKAN MADU LEBAH
TUALANG
Untuk mendapatkan madu dari lebah
liar amat sukar. Pemungut madu lebah perlu berdepan kesukaran dan resiko untuk
mendapatkan madu yang mendapat permintaan ramai kerana khasiat, kebaikan dan
manfaat yang tinggi.
Madu lebah yang terdapat di pokok
tualang dikatakan paling berkhsiat dan berkualiti tinggi. Proses mendapatkan
madu lebah dari pokok tualang amat mencabar dan berbahaya. Pokok tualang
terdapat di tengah hutan belantara.
Selain terpaksa meredah hutan, cabaran mendapatkan madu lebah di pokok tualang ialah ketinggian pokok tualang. Purata ketinggian pokok tualang adalah 100 hingga 150 kaki.
Selain terpaksa meredah hutan, cabaran mendapatkan madu lebah di pokok tualang ialah ketinggian pokok tualang. Purata ketinggian pokok tualang adalah 100 hingga 150 kaki.
Untuk memanjat pokok tualang perlu
menggunakan sigai yang dipasang pada pokok. Sigai dijadikan tempat berpijak
semasa naik ke atas dan ketika proses mendapatkan sarang lebah.
Memungut madu lebah tualang tidak
boleh dilakukan berseorangan sebaliknya berkumpulan. Ini ada yang perlu naik
dan yang lainnya membantu dari bawah.
Operasi memungut madu lebah dibuat
pada sebelah malam untuk mengelirukan ibu lebah. Jamung dipasang dan direnjis
ke bawah untuk menarik perhatian ibu lebah turun ke bawah.
Apabila ibu lebah tidak berada di sarang, pemungut madu lebah akan melakukan proses memungut dalam keadaan gelap. Pemungut madu menaikkan tong atau besen untuk mengumpul madu.
Apabila ibu lebah tidak berada di sarang, pemungut madu lebah akan melakukan proses memungut dalam keadaan gelap. Pemungut madu menaikkan tong atau besen untuk mengumpul madu.
Tali besar diguna untuk menaikkan
tong dan hanya sebahagian sarang lebah diambil untuk diletak dalam tong sebelum
dibawa turun menggunakan tali saiz kecil. Jika disengat lebah, petua
menghilangkan bisa sengatan lebah itu ialah dengan meletak madu di tempat
gigitan serangga itu.
Proses memungut madu lebah tualang
perlu diselesaikan sebelum jam 4 pagi. Jika cuaca terang, lebah akan
terbang ke sarang semula dan pemungut madu pasti terdedah kepada bahaya
disengat.
Istimewanya madu tualang ialah
selain bermutu, manisan itu antipengoksidaan, antikanser dan antibakteria.
Sebab itu madu lebah pokok tualang mendapat permintaan tinggi biarpun harganya
lebih mahal berbanding madu lain.
Aktiviti memungut madu tualang dilakukan pada Februari hingga Mei. Sebanyak 50 kilogram (kg) hingga 80kg madu boleh diperoleh dari sebatang pokok tualang.
Aktiviti memungut madu tualang dilakukan pada Februari hingga Mei. Sebanyak 50 kilogram (kg) hingga 80kg madu boleh diperoleh dari sebatang pokok tualang.
No comments:
Post a Comment