Kata Al-Asma'i: “Kalau kamu mahu menduga
akal seseorang dalam satu majlis, sampaikan kepadanya satu ucapan yang tiada
asal-usulnya (mengarut dan merepek). Kalau kamu lihat dia tekun mendengar lalu
menerimanya, ketahuilah sesungguhnya dia bodoh.
Kalau dia membantahnya, dia seorang yang
berakal.”
Sekarang ini, sesiapa ingin cepat terkenal,
terutama di media sosial, maka dia perlu berhujah atau menyampaikan sesuatu
yang “pelik”, “karut” dan “bukan-bukan”. Malangnya, perkara ini turut mereka
yang terpelajar, terkenal dan dihormati.
Ada yang cuba menterjemahkan sesuatu
perkataan mengikut satu bahasa untuk menggambarkan maksud yang buruk perkataan
tersebut. Bersungguh-sungguh dia mengemukakan bukti yang secara tidak langsung
ingin menunjukkan bahawa dia tahu dan orang lain tidak tahu.
Satu perkara yang perlu diketahui ialah
kita perlu memaknakan perkataan berdasarkan bahasa penutur. Jika penutur
menggunakan bahasa Melayu, kita jangan maknakan perkataannya dalam bahasa Arab.
Tentu sekali banyak perkataan Melayu akan
jauh beza maknanya dalam bahasa Arab, tambah-tambah lagi apabila disebut dalam
dialek atau slanga tertentu.
Jadi, kepada yang hendak tunjuk pandai,
carilah fakta dan perkara yang benar-benar bermanfaat.
Catatan:
Abdul Malik ibn al-Quraib al-Asmai dilahirkan di Basrah pada tahun 740. Dia merupakan seorang ahli sastera Arab sekaligus ilmuwan bidang zoologi, botani dan penjagaan haiwan. Dia adalah amat meminat bidang puisi Arab. Al-Asmai dianggap sebagai ilmuwan Muslim pertama yang memberikan sumbangan dalam bidang zoologi, botani, dan penternakan. Tulisannya yang terkenal di antaranya Kitab Ibil, Kitab Khalil, Kitab Wuhush, Kitab Sha, dan Kitab Khalqal Insan. Buku terakhirnya tentang anatomi manusia membuktikan pengetahuannya yang mendalam dan luas mengenai bidang tersebut. Karya Al-Asmai sangat populer di antara para ilmuwan abad ke-9 dan ke-11.

No comments:
Post a Comment