Kehadiran ibu bersama anak ke perjumpaan
atau program UMNO tidak asing lagi. Malah, ada ibu yang masih dalam pantang
hadir di Persidang Agung UMNO bersama bayinya demi menunai tanggungjawab sebagai
ahli tanpa mengabaikan tugas sebagai ibu.
Pengorbanan ahli Wanita mahupun Puteri UMNO
yang berstatus ibu hadir ke program parti bersama anak adalah satu tanda
semangat yang membara dan tulus demi menegakkan panji-panji UMNO pada kedudukan
terbaik.
Kehadiran bersama-sama anak sepatutnya
menjadi satu inspirasi dan manifestasi kepada yang lain bahawa status ibu tidak
sepatutnya menjadi penghalang untuk turut serta dalam mana-mana aktiviti parti.
Pada masa yang sama, akan memperkenalkan
anak kepada satu situasi di khalayak ramai yang mana akan terbentuk sikap berdisiplin,
melatih komunikasi dengan orang dewasa dan keyakinan diri.
No comments:
Post a Comment