Pokok
patawali atau dikenali juga dengan nama akar seruntun atau akar patawali memang
terkenal di kalangan masyarakat dahulu.
Pokok patawali atau nama saintifiknya
Tinospora crispa dari famili Menispermaceae merupakan tanaman menjalar
berbatang berkerutu dan berdaun lebar seperti daun sirih. Namun perlu
diingatkan, pokok patawali tidak sama dengan pokok bunga bakawali.
Pokok
patawali tumbuh subur di tempat bersuhu panas, perdunya memanjat dengan
batangnya sebesar jari kelingking, berbintil-bintil rapat dan boleh mencapai
ketinggian sehingga 2.5 meter.
Daun
patawali jenis tunggal, bertangkai, berbentuk seperti jantung atau bundar
seperti telur dengan hujung lancip sepanjang 7-12 cm, lebar 5-10 cm, bunga
kecil, berwarna hijau muda.
Pokok
patawali memang mudah tumbuh. Untuk menanamnya menggunakan keratan batang.
Menariknya pokok ini tidak semestinya tumbuh di atas medium tanah atau akarnya
berada di dalam tanah. Pokok patawali mudah tumbuh menjalar di pagar dan pokok
lain yang lebih besar.
Pokok
patawali boleh dikategorikan sebagai pokok herba kerana ianya banyak digunakan
dalam perubatan tradisional masyarakat Melayu.
Jika
digigit batang patawali, memang terasa sangat pahit. Sebab itu ada orang
mengatakan atau menjadikan peribahasa pahit macam patawali, selain peribahasa
pahit macam hempedu.
Air
rebusan keseluruhan tumbuhan ini dijadikan sebagai ubat reumatik yang dikatakan
mampu mengurangi gula dalam darah, menurunkan suhu panas badan dan membantu
mengurangi gejala kencing manis.
Masyarakat
Melayu dahulu juga percaya dengan pengambilan air rebusan patawali dapat
menghindar dari gigitan nyamuk.
Rasanya
yang pahit ini juga apabila disapu pada payudara ibu, akan memudahkan bayi
bercerai susu.
Tanaman
ini kaya dengan kandungan kimia antara lain alkaloid (berberina dan kolumbina
yang terkandung di akar dan batang, damar lunak, pati, glikosida pikroretosid,
zat pahit pikroretin, hars, berberin, palmatin, kolumbin (akar), kokulin
(pikrotoksin).
Batangnya
yang pahit itu mempunyai kandungan air yang tinggi. Tumbuhan ini biasa
dijadikan bahan yang dicampur dalam minyak urut oleh tukang urut tradisional.
Bagi
tujuan perubatan, batangnya yang menggerutu adalah bahagian utama yang
mengandungi khasiat.
Batang patawali digunakan untuk merawat sakit perut,
demam, tekanan darah tinggi, kencing manis dan juga penyakit kelamin dikenali
sebagai gonorea.
Tumbuhan
ini mujarab bagi mengatasi masalah cacing di kalangan kanak-kanak dengan cara
merebus batangnya, ditapis dan diminum segelas sehari.
Air
rebusan juga boleh digunakan untuk membersihkan darah, dan mujarab untuk
membunuh kuman dan menyembuhkan luka.
Pikroretin
yang terdapat di dalamnya dapat menurunkan suhu panas badan (mengubat demam).
Air rebusan ini juga dapat mengubat sakit pinggang dan sengal-sengal (boleh
dicampur dalam minyak urut). Air rebusan ini juga boleh digunakan untuk
membasuh kudis-kudis setelah dicampur dengan sedikit belerang.
Kajian
saintifik menunjukkan hasil ekstrak rebusan tumbuhan herba akan mengandungi
pelbagai bahan termasuk bahan aktif yang akan menghasilkan pelbagai kesan
perubatan.
Untuk
merebus batang patawali, batangnya perlu diricih atau dipotong kecil. Boleh
direbus terus ketika batang masih segar atau yang telah dijemur kering. Ricihan
batang dijemur kering bagi membolehkan disimpan lama.
Biarpun
batang patawali kaya khasiat dan banyak kegunaan, namun dari kajian yang
dijalankan juga dipercayai terdapat bahan yang merbahaya atau toksik.
Pengambilan
air rebusan patawali dalam jangka masa yang panjang dan berlebihan boleh
menyebabkan kerosakan hati, buah pinggang dan kepekatan darah menjadi terlalu
cair.
Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
ReplyDelete..........................................................................
Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.
Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..��
9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay����
En. Mohd Zuhairi - 017468 7570
��Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..����
Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570
��kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
Tp nanti dia akn blas jugak yer..
#sharepadayangmemerlukan
#sharing is caring