Thursday, 9 July 2020

SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN

Istilah demokrasi berasal daripada Bahasa Yunani, iaitu ‘demokratika’. Perkataan ‘demos’ bermaksud rakyat dan ‘kratia’ adalah pemerintah. Demokrasi bermaksud “kerajaan yang dipilih oleh rakyat dan untuk rakyat”.

Antara ciri-ciri sistem demokrasi ialah:
- Rakyat dapat melibatkan diri dalam sistem pentadbiran negara.
- Rakyat berpeluang membentuk kerajaan melalui pilihanraya dan bebas memilih perwakilan bagi mengurus negara.
- Pengamalan sistem demokrasi berparlimen bertujuan untuk memperlihatkan landasan pemerintahan bagi sesebuah negara adalah berteraskan kepada kebebasan/demokrasi.
- Parlimen ialah institusi terunggul dalam sesebuah negara yang mengamalkan prinsip-prinsip demokrasi.
- Salah satu syarat dalam sistem demokrasi berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga badan di dalam sistem pemerintahan, iaitu perundangan, eksekutif dan kehakiman.


No comments:

Post a Comment