Friday 24 July 2020

KHASIAT POKOK PATAWALI

Pokok patawali atau dikenali juga dengan nama akar seruntun atau akar patawali memang terkenal di kalangan masyarakat dahulu. 

Pokok patawali atau nama saintifiknya Tinospora crispa dari famili Menispermaceae merupakan tanaman menjalar berbatang berkerutu dan berdaun lebar seperti daun sirih. Namun perlu diingatkan, pokok patawali tidak sama dengan pokok bunga bakawali.

Pokok patawali tumbuh subur di tempat bersuhu panas, perdunya memanjat dengan batangnya sebesar jari kelingking, berbintil-bintil rapat dan boleh mencapai ketinggian sehingga 2.5 meter.

Daun patawali jenis tunggal, bertangkai, berbentuk seperti jantung atau bundar seperti telur dengan hujung lancip sepanjang 7-12 cm, lebar 5-10 cm, bunga kecil, berwarna hijau muda.

Pokok patawali memang mudah tumbuh. Untuk menanamnya menggunakan keratan batang. Menariknya pokok ini tidak semestinya tumbuh di atas medium tanah atau akarnya berada di dalam tanah. Pokok patawali mudah tumbuh menjalar di pagar dan pokok lain yang lebih besar.

Pokok patawali boleh dikategorikan sebagai pokok herba kerana ianya banyak digunakan dalam perubatan tradisional masyarakat Melayu.

Jika digigit batang patawali, memang terasa sangat pahit. Sebab itu ada orang mengatakan atau menjadikan peribahasa pahit macam patawali, selain peribahasa pahit macam hempedu.

Air rebusan keseluruhan tumbuhan ini dijadikan sebagai ubat reumatik yang dikatakan mampu mengurangi gula dalam darah, menurunkan suhu panas badan dan membantu mengurangi gejala kencing manis.

Masyarakat Melayu dahulu juga percaya dengan pengambilan air rebusan patawali dapat menghindar dari gigitan nyamuk.

Rasanya yang pahit ini juga apabila disapu pada payudara ibu, akan memudahkan bayi bercerai susu.

Tanaman ini kaya dengan kandungan kimia antara lain alkaloid (berberina dan kolumbina yang terkandung di akar dan batang, damar lunak, pati, glikosida pikroretosid, zat pahit pikroretin, hars, berberin, palmatin, kolumbin (akar), kokulin (pikrotoksin).

Batangnya yang pahit itu mempunyai kandungan air yang tinggi. Tumbuhan ini biasa dijadikan bahan yang dicampur dalam minyak urut oleh tukang urut tradisional.

Bagi tujuan perubatan, batangnya yang menggerutu adalah bahagian utama yang mengandungi khasiat. 

Batang patawali digunakan untuk merawat sakit perut, demam, tekanan darah tinggi, kencing manis dan juga penyakit kelamin dikenali sebagai gonorea.

Tumbuhan ini mujarab bagi mengatasi masalah cacing di kalangan kanak-kanak dengan cara merebus batangnya, ditapis dan diminum segelas sehari.

Air rebusan juga boleh digunakan untuk membersihkan darah, dan mujarab untuk membunuh kuman dan menyembuhkan luka.

Pikroretin yang terdapat di dalamnya dapat menurunkan suhu panas badan (mengubat demam). Air rebusan ini juga dapat mengubat sakit pinggang dan sengal-sengal (boleh dicampur dalam minyak urut). Air rebusan ini juga boleh digunakan untuk membasuh kudis-kudis setelah dicampur dengan sedikit belerang.

Kajian saintifik menunjukkan hasil ekstrak rebusan tumbuhan herba akan mengandungi pelbagai bahan termasuk bahan aktif yang akan menghasilkan pelbagai kesan perubatan.

Untuk merebus batang patawali, batangnya perlu diricih atau dipotong kecil. Boleh direbus terus ketika batang masih segar atau yang telah dijemur kering. Ricihan batang dijemur kering bagi membolehkan disimpan lama.

Biarpun batang patawali kaya khasiat dan banyak kegunaan, namun dari kajian yang dijalankan juga dipercayai terdapat bahan yang merbahaya atau toksik.

Pengambilan air rebusan patawali dalam jangka masa yang panjang dan berlebihan boleh menyebabkan kerosakan hati, buah pinggang dan kepekatan darah menjadi terlalu cair.

1 comment:

  1. Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..��

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay����
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    ��Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..����


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    ��kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    ReplyDelete