Wednesday, 16 April 2025

KETIADAAN LAMBANG BULAN SABIT PADA JALUR GEMILANG

 
Ini namanya bodoh. Akhbar Cina nombor satu di Malaysia buat kesilapan bodoh. Bendera Malaysia pun salah. Bendera China boleh pula betul. Perkara ini perlu dipandang serius. Tidak perlu lihat di sudut perkauman, tetapi satu kesalahan yang tidak wajar dilakukan oleh sesiapapun sebagai warganegara Malaysia.

Katanya tidak sengaja dan sudah minta maaf. Tidak cukup hanya pohon maaf. Siapa yang bertanggungjawab harus digantung tugas dan dikenakan tindakan sewajarnya.

Buat siasatan dan kenal pasti mengapa perkara ini berlaku. Dihilangkan gambar bulan sabit sebagai simbolik kepada agama Islam di Malaysia. Apa alasan?

Ditegaskan sekali lagi. Ini bukan isu kaum, bukan isu agama, bukan isu politik. Ini isu peribadi dan syarikat yang melakukan kesilapan.

Memang kesilapan boleh berlaku di mana-mana, tetapi itu bukan alasan cukup sekadar minta maaf. Yang salah katakan tetap salah dan dikenakan tindakan sewajarnya agar pada masa lain lebih berhati-hati. Biarpun perkara ini menjadi pengajaran.

Biarpun, ia bukan isu kaum, bukan isu agama dan bukan juga isu politik, tetapi apa-apa pun perkara boleh dijadikan isu kepada perkara-perkara itu. Di Malaysia terlampau banyak pihak yang mencari salah dan memperbesar-besarkan isu.

Orang politik, badan bukan kerajaan (NGO), orang perseorangan dan macam-macam lagi akan tunggang isu-isu yang boleh dikaitkan dengan perkara sensitif.

Ingat, hubunagan kaum di Malaysia masih rapuh. Ia umpama bom jangka yang boleh meletus bila-bila masa. Jadi, jangan biarkan apa-apa sahaja perkara yang boleh menjadi percikan api perkauman perlu dihentikan. Jika ada yang berlaku, padamkan segera.

No comments:

Post a Comment