Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) pernah mengendalikan
kepala kereta api (lokomotif) elektrik yang dikenali Kelas 40 yang digunakan
untuk menarik gerabak barang atau kargo.
Lokomotif yang masuk stok KTMB pada 2015 itu dihasilkan oleh
CRRC Zhuzhou Electric Locomotive Co., Ltd. EL001 atau 40001 dibawa ke Malaysia
pada bulan Julai 2015 dan EL002 atau 40002 tiba pada September 2015. Ia diberikan secara percuma kepada KTMB untuk percubaan.
Perkhidmatan operasi percubaan dua tahun yang berterusan iaitu
EL001 sejak 31 Mei 2016 dan EL002 sejak 13 Julai 2016.
Bagaimanapun, kegunaan lokomotif elektrik (e-loco) itu tidak
diteruskan disebabkan sistem elektrifikasi KTMB tidak dibuat untuk kegunaan
tugas berat.
Hasil percubaan lokomotif elaktrik itu di zon utara, jika kegunaan
serentak atau lebih dari dua lokomotif elektrik itu serentak pada satu masa, ia
boleh memberi bebanan dan gangguan pada sistem elektrifikasi pada semua zon
utara.
Kredit kepada pemilik gambar asal
No comments:
Post a Comment