Jika dilihat dalam lipatan sejarah, PAS pernah berada dalam kerajaan
Barisan Nasional (BN) pada 1974 pada zaman Tun Abdul Razak. Dalam keadaan PAS
masih lemah, Tun Abdul Razak sedia menguatkan PAS dengan memberi kerusi dan jawatan
Exco di setiap negeri, selain jawtan menteri di Pusat.
PAS juga dibenarkan
bergerak di pusat-pusat pengajian tinggi dan bersama dalam kementerian dan
jabatan kerajaan.
Namun, pemimpin PAS tidak ikhlas. Dengan kuasa dan peluang
yang diberikan, parti itu tidak bersyukur dan menyalahkan UMNO dalam krisis
dalaman parti tersebut di Kelantan sehingga berlaku MAGERAN di negeri itu dan
seterusnya membawa kepada PAS dibuang dari BN.
Krisis kepimpinan PAS menyaksikan 20 ADUN PAS meluluskan
usul tidak percaya terhadap Menteri Besar, Datuk Muhamed Nasir, pada 15 Oktober
1977.
Pemimpin PAS ketika berada dalam kerajaan juga lebih mengutamakan
bantuan kepada penyokongnya. PAS membuka banyak cawangan baharu di kawasan yang
telah dikuasai oleh UMNO dengan cara mencuri penyokong UMNO, kononnya PAS dan
UMNO adalah sama yang berada di dalam kerajaan.
Namun, pemimpin PAS berasa sentiasa betul dan menyalahkan
UMNO dalam semua hal. Kegagalan PAS bersama Bersatu menubuhkan kerajaan Pusat
selepas PRU ke-15 dituduh berpunca UMNO sanggup bekerjasama dengan DAP.
Hakikatnya, yang menolak menubuh Kerajaan Perpaduan seperti
dititahkan oleh Yang Dipertuan Agong ada dibuat sendiri oleh PAS dan Bersatu
yang bergabung di dalam Perikatan Nasional (PN).
Untuk menutup malu dan rasa kecewa, PAS salahkan UMNO. UMNO
dituduh meninggalkan asas Islam dan Melayu kerana bekerjasama dengan parti yang
dilebal liberal seperti PKR dan parti yang melampau sekularnya seperti DAP
kerana mahukan kedudukan, bukan kuasa dalam kerajaan.
PAS lupa bahawa PKR dan DAP pernah menjadi sekutu mereka.
DAP dan PKR mendapat kuasa di Pulau Pinang, Perak dan Selangor mengalahkan BN
adalah hasil pertolongan PAS.
Apabila UMNO bergabung dengan PKR dan DAP dalam Kerajaan
Perpaduan, dikatakan tindakan ini melemahkan pegangan UMNO kepada dasar
perjuangannya laksana mencabut paku lantai Islam dan Melayunya supaya masuk
angin dari bawah, tidak cukup dengan angin melalui jendela yang terbuka.
Sehingga menyebabkan UMNO berpenyakit dan semakin lemah.
Memang PAS tidak sesuai dijadikan rakan.
Gambar - UMNO kekal mendapat sambutan

No comments:
Post a Comment