Cara buat tapai pulut tidak sukar seperti difikirkan. Kos membuatnya juga murah. Namun, mengambil masa yang lama sebelum boleh dimakan kerana perlu melalui proses peram untuk melayakkan ia menjadi tapai.
Proses
peram selama dua hari dan kemudian perlu dibuka untuk mengelak jadi 'lebu' atau
lembik berair.
Perkara
sama dilakukan untuk membuat tapai jenis lain seperti tapai ubi kayu dan
jenis-jenis tapai lain.
Cara
buat tapai pulut:
-
Masak pulut terlebih dahulu.
-
Selepas pulut siap dimasak, ratakan di atas dulang.
-
Tunggu pulut sehingga betul-betul sejuk.
-
Setelah sejuk, ayakkan (tabur) ragi di serata permukaan pulut.
-
Pastikan guna ragi (yang telah dihancurkan) dalam keadaan betul-betul kering
kering
-
Selepas rata, bungkus pulut tersebut di dalam daun getah.
-
Pulut yang telah dibungkus diletakkan di dalam bekas.
-
Tutup bekas dengan kain dan dibiarkan selama dua hari.
-
Sepanjang tempoh dua hari, jangan buka bekas itu.
-
Jika dibuka awal, kemungkinan tapai pulut tidak akan 'masak' sekata walaupun
ditutup kembali.
-
Pulut tapai yang telah masak rasanya manis dan sedikit berair.
- Pulut tapai boleh dimakan terus atau dicampur dengan ais mesin (sebahagian
bahan air batu campur).
Catatan:
Selain daun getah boleh digantikan dengan daun pisang, plastik atau bekas lain
yang sesuai (boleh memanaskan atau peram pulut).
No comments:
Post a Comment