Tungau adalah sejenis kutu yang halus yang selalunya terdapat pada ayam atau pada kera. Biarpun biasa terdapat pada haiwan, tungau jika berada pada badan manusia akan menggigit bahagian kulit yang menyebabkan rasa gatal, sakit, bengkak dan benjolan seakan gigitan serangga.
Ramai
orang yang mungkin salah sangka dengan menyatakan tungau adalah sejenis
serangga sedangkan ia adalah termasuk dalam keluarga haiwan araknid.
Ini
bermakna ia bukanlah seekor serangga. Untuk pengetahuan anda, tungau merupakan
sejenis haiwan kecil berwarna oren dan berkaki lapan seperti labah-labah.
Haiwan
kecil ini berhabitat di kawasan berumput tebal lagi tinggi seperti di semak dan
lalang serta biasa menggigit manusia terutamanya di kawasan alat sulit.
Anda
perlu tahu bahawa hanya bayi tungau yang akan menggigit manusia atau haiwan
lain kerana mereka memerlukan sel kulit tersebut sebagai sumber makanan.
Terdapat
pepatah ‘berhati tungau’ yang bermaksud penakut atau pengecut.
Manakala
peribahasa “mati ayam, mati tungaunya” yang bermaksud apabila tuannya atau
ketuanya mendapat kecelakaan anak buahnya turut marasaninya juga.
Maksud
lain peribahasa tersebut ialah hal dua orang yang sangat berkasih-kasihan (mati
satu mati kedua-duanya).
No comments:
Post a Comment