Tuesday, 17 June 2025

TRADISI MEMBINA PERAHU

 
Perahu bukan sekadar alat pengangkutan, ia melambangkan hubungan erat masyarakat maritim Melayu dengan laut. Fungsi perahu melangkaui kehidupan seharian, ia menjadikan budaya perahu sebagai elemen penting dalam identiti mereka.
 
Kegunaan perahu juga melambangkan pelbagai aspek seni, seperti ukiran, kraf tangan, seni bina rumah, dan reka bentuk senjata tradisional.
 
Dua proses utama dalam pembikinan perahu tradisional yang ampuh iaitu penyediaan lunas dan melentur papan.
 
Lunas adalah rangka asas pembinaan perahu di mana ukuran panjangnya akan menentukan saiz sesebuah perahu. Ia merupakan sebatang kayu bersegi yang lebar dan tingginya sama tetapi panjangnya berbeza.
 
Papan-papan dinding yang dipasang pada perahu perlu dilentur terlebih dahulu supaya sesuai dengan bentuknya. Proses membentuk atau timbal papan menggunakan pasung dan dilayur berpasangan dengan bara api selama beberapa ketika.
 
Kemudian papan itu ditarik bagi membengkok papan pada tahap yang dikehendaki dan dibiarkan berkeadaan demikian selama beberapa hari. Tujuan melayur papan adalah untuk mematikan tekstur kayu.

No comments:

Post a Comment